Gempar !!! Cahaya misteri muncul dilangit susulan gempa bumi

Beberapa hari selepas Taufan Ida membadai Amerika Syarikat yang menyebabkan keadaan puting beliung dan banjir buruk, muncul gempa bumi kuat pula melanda Acapulco di Mexico.

Susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter itu, penduduk menyaksikan cahaya misteri di langit pada Rabu.

Ramai penduduk berasa takut dengan kemunculan cahaya misteri berkenaan sehingga ada yang menyangkakan hari kiamat sedang berlaku di bandar raya tersebut.

Cahaya misteri muncul dilangit susulan gempa bumi

Ramai penduduk berasa takut dengan kemunculan cahaya misteri berkenaan sehingga ada yang menyangkakan hari kiamat sedang berlaku di bandar raya tersebut. – Foto Twitter/@elianhuesca

Fenomena berkenaan turut tular di media sosial dengan tanda pagar Apocalipsis, menurut portal berita 2 Oceans Vibe News.

Ramai juga mengaitkan cahaya berkenaan kepada mahkluk asing.

Namun para saintis menyangkal dakwaan tersebut dan berkata fenomena itu dikenali sebagai ‘Earthquake Lights’ atau EQL.

Walaupuan ia jarang berlaku, namun ia merupakan keadaan kilat yang muncul sebelum, semasa atau selepas gempa bumi kuat.

Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) keadaan berkenaan juga boleh disebabkan oleh litar pintas atau infrastruktur elektrik yang meletup di bandar berkenaan akibat gempa bumi dan cahaya di langit merupakan pantulan di awan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/cahaya-misteri-muncul-di-langit-mexico-susulan-gempa-bumi-kuat-319277

BACA JUGA : Ibu tersalah bagi nama ‘babi’ kepada anaknya

CATEGORIES