Gempar !!! Anwar beri bayangan PH akan bekerjasama dengan Umno?

Gempar !!! Anwar beri bayangan PH akan bekerjasama dengan Umno?

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi kenyataan politik rengkas hari ini membayangkan kemungkinan PH akan mengadakan kerjasama dengan berbagai pihak di luar PH dengan syarat menerima prinsip asas PH tolak rasuah dan bangunkan kerajaan good governance.

Bayangan ini seperti mengiyakan desas desus Umno akan bersama dengan PH untuk menumbangkan kerajaan PN. Umno akhir-akhir ini geli jiwa dengan perangai Bersatu yang menjadi tulang belakang kerajaan PN.

Sebelum ini tersebar maklumat mengatakan 140 bahagian Umno mendesak parti itu keluar PN. Desakan itu menggambarkan Umno tidak dapat bekerjasama dengan PN lagi.

Bagaimana pun dalam kenyataan media baru sekejap tadi Presiden Keadilan itu tidak menyebut kerjasama khusus dengan Umno tetapi kerjasama dengan semua pihak (baca MP) termasuk daripada parti Inkubator.

Kenyataan Anwar ini boleh membuka senario politik 2021 sekaligus memancung idea untuk bentuk Grand Coalition yang bermaksud mengheret OT95 ke dalam PH sekali lagi.

Turut sama mendampingi Anwar dalam sidang media tadi beberapa pemimpin Keadilan dan MP dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bekas MP Batu Tian Chua yang sebelum ini dikaitkan dengan team Minrit. Trims.

Sumber :

COMMENTS