Gempar !!! 58 pelajar didapati positif Covid-19 di Sabah, namun tiada sekolah ditutup

Gempar !!! 58 pelajar didapati positif Covid-19 di Sabah, namun tiada sekolah ditutup

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, 58 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah disahkan positif Covid-19 setakat semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini, belum ada sekolah ditutup akibat penularan Covid-19 dan ianya berjalan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.

Katanya, semua kes itu dikesan hasil ujian saringan sebelum kemasukan ke asrama, bukannya jangkitan daripada sekolah.

Sepuluh kes dilaporkan di Sandakan, masing-masing tujuh kes di Lahad Datu dan Semporna, Tawau (6), masing-masing empat kes di Kalabakan, Kota Marudu dan Kudat, tiga kes di Kinabatangan dan Ranau, dua kes di Telupid dan Tongod, manakala Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kunak, Papar dan Pitas masing-masing merekodkan satu kes.

”Semua pelajar yang dikesan positif ketika menjalani ujian saringan sebelum kemasukan ke asrama itu kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), manakala kontak rapat pelajar terbabit juga telah dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin di daerah masing-masing,” katanya dalam taklimat Covid-19 di Sabah.

Masidi berkata, buat masa ini, ujian saringan hanya dilakukan ke atas pelajar SPM dan STPM sebelum mereka kembali ke asrama, manakala guru belum diwajibkan berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, semua guru dan kakitangan sekolah perlu sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing, termasuk menemui doktor untuk menjalani ujian saringan sekiranya bergejala.

“Pada masa sama, pematuhan terhadap SOP ketika sesi persekolahan hendaklah diberi perhatian serius agar jangkitan tidak berlaku di sekolah.”

Mengulas perkembangan kes Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid di Sook, beliau berkata, hanya seorang pelajar dan seorang guru yang disahkan positif.

Katanya, pelajar dan guru terbabit sedang dirawat di PKRC Keningau, manakala 64 kontak rapat, termasuk pelajar sekolah itu dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau.

“Hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian jangkitan ini merupakan jangkitan komuniti dan bukan jangkitan di sekolah.

“Tindakan pantas oleh pejabat kesihatan Keningau berjaya mencegah penularan wabak ini ke sekolah dengan semua kontak rapat yang berisiko dikenal pasti dan diasingkan daripada guru serta pelajar lain.”

Beliau berkata, sesi persekolahan di sekolah itu berjalan seperti biasa dengan pematuhan SOP ketat di samping kerja pembersihan di kawasan sekolah turut dilaksanakan semalam. – FMT

COMMENTS