Gembira tersenarai orang paling berjaya di Malaysia, Fitri Haris rupanya kena ‘scam’?

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kecoh pula jadinya apabila penyanyi Dr Fitri Haris didakwa terkena ‘scam’ selepas ditawarkan untuk tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia

Hanya bagi dimuatkan dalam buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022.

Ia rentetan ada pihak mendakwa nyaris diperdaya selepas mendapat tawaran serupa selain meminta individu yang dihubungi

Gembira tersenarai orang paling berjaya di Malaysia, Fitri Haris rupanya kena ‘scam’?

agar melihat pencapaian diri untuk layak disenaraikan dalam sesebuah pengiktirafan tertinggi.

Menjawab tuduhan tersebut, Fitri memberitahu dia sudah menyemak kesahihan badan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan wujud unsur penipuan atau dia perlu mengeluarkan wang untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

“Semestinya saya sudah semak dahulu dengan pakar. Pengiktirafan tersebut daripada badan profesional yang berpengkalan di United Kingdom.

“Tidak wujud unsur penipuan seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fitri menjelaskan kekeliruan mungkin berlaku disebabkan terdapat pihak yang kurang faham tentang pengiktirafan daripada pihak berkenaan.

Justeru katanya, orang mudah tersalah anggap dan jika benar ia satu penipuan, dia sendiri tidak akan berkongsi kepada umum mengenainya.

“Saya ada baca komen-komen tentang pengiktirafan yang diterima. Orang sebenarnya salah anggap kerana ia bukanlah satu anugerah sebaliknya pengiktirafan menerusi kejayaan saya sendiri.

“Dalam buku itu ada banyak segmen dan saya tersenarai dalam kategori seni dan media,” ujarnya.

Fitri menerusi satu edaran kenyataan media kepada mStar pada Jumaat memberitahu perlu menjalani temu bual tiga bulan lalu untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum layak menerima ‘certificate’ dan dimasukkan dalam ensiklopedia.

Kata Fitri, pengiktirafan itu akan dimuatkan dalam Ensiklopedia BritishPedia 2022 yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Dalam pada itu seorang pengguna Facebook mendedahkan dirinya pernah mendapat panggilan sama daripada pihak BritishPedia yang ingin menyenaraikan wanita itu sebagai 100 rakyat Malaysia paling berjaya pada tahun 2020.

“Saya punya soalan mudah sahaja iaitu ‘apa yang membuatkan anda fikir saya berjaya?’ Itu pun pemanggil tak dapat hendak menjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Individu itu turut mendakwa pihak BritishPedia memang pernah menyenaraikan profil seperti Tun Dr Mahathir Mohamed, Tan Sri Tony Fernandez sebagai umpan bagi memperdayakan mangsa.

Malah alamat yang kononnya berpangkalan di London tidak diketahui sama ada wujud atau pun sebaliknya.

“Orang kita ini mudah sangat makan umpan. Upah staf yang boleh slang ‘Mat Salleh’. Kita pula percaya dan rasa terharu,” ujarnya.

Dakwa dia lagi, penerima pengiktirafan juga perlu membeli buku berkenaan dalam jumlah tertentu memandangkan ia tidak dijual di kedai.

Wanita tersebut bagaimanapun tidak mempertikaikan pencapaian Fitri namun berharap penyanyi itu lebih berhati-hati pada masa hadapan.

BACA:Wanita ditangkap polis kerana kahwin lain tanpa persetujuan suami, undang persoalan netizen macam mana boleh lulus?