Gelagat makcik berbual tengah jalan raya atas motor tular

Gelagat makcik berbual tengah jalan raya atas motor tular

Gelagat makcik berbual tengah jalan raya atas motor tular.Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua wanita berstatus ‘makcik’ memberhentikan motosikal di tengah jalan untuk berbual, lapor laman berita yoursay.id.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dr.herp.

Kedua-dua wanita itu berhenti di persimpangan jalan di sebuah kawasan perumahan. Mereka duduk di atas motosikal sambil berbual dan melepak.

Mereka berbual sehingga tidak sedar menjadi tumpuan orang ramai yang melalui jalan itu. Akan tetapi, mereka tidak mengganggu lalu lintas kerana jalan itu tidak sibuk.

Gelagat makcik berbual tengah jalan raya atas motor tular

Dalam pada itu, dua wanita itu juga kelihatan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jalan itu dijadikan ruang tamu oleh mereka,” komen seorang netizen

BACA:

Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM1.5 Juta sempena birthday

Melopong gadis ni tahu harga bilik sewa KL ‘sekangkang kera’ ni

CATEGORIES