Gaya tudung macam rahib, ini respon Aina Abdul selepas dikecam

Gaya tudung macam rahib, ini respon Aina Abdul selepas dikecam

Gaya tudung macam rahib, ini respon Aina Abdul selepas dikecam. Penampilan penyanyi Aina Abdul tidak pernah tak ‘wow’ dan sentiasa menjadi topik bualan di platform media sosial.Terbaru, imej Aina ketika menghadiri sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik oleh segelintir netizen yang rasa tak elok berpakaian seperti itu.

Gaya penyanyi bervokal mantap ini didakwa seperti rahib, biarawati gereja atau ‘sister’.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani tampil menjawab isu tersebut dengan tenang.

Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen.

Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.

Bukan saya berubah memuja

Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam berkata dia hanya berkongsi inspirasi kepada individu yang suka dengan penampilan berbeza dari orang lain.

Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.

Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

Gaya tudung macam rahib, ini respon Aina Abdul selepas dikecam

Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh semua orang pakai tudung macam ini. Kalau nak pakai good for you.

Aina berkata demikian ketika majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.

Tak sabar

Bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini, Aina bersyukur jualan tiket ANWAA menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Menjanjikan kejutan kepada penggemar, Aina bakal muncul dengan lapan busana menarik sepanjang konsert yang berlangsung selama dua malam.

Busana semuanya sudah dirancang. Saya sendiri tak sabar nak menyarungkan lapan busana di ANWAA nanti. Selain itu, ada lagu di konsert malam pertama tidak akan dinyanyikan di konsert malam kedua. Saya juga akan tampilkan seorang penyanyi undangan istimewa di konsert malam kedua ANWAA.

Peminat yang hadir juga akan mendapat hadiah istimewa tanda terima kasih saya dan AAE. Saya sendiri tak sabar menantikan konsert ini dan berharap peminat akan pulang dengan senyuman.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

BACA:

Anak Azhar Zulaiman pakai baju tali halus, benda lain pula yang netizen perasan

Warga emas hilang 7 hari dalam hutan akhirnya ditemui, ‘tak henti zikir selawat’

Bergaduh bagai nak rak, Puteri Sari akhirnya mengaku hanya ‘marketing’

CATEGORIES