Gaya Tokti ajar Mummy Jerung nyanyi guna ‘slang’ Terengganu raih perhatian

Gaya Tokti ajar Mummy Jerung nyanyi guna ‘slang’ Terengganu raih perhatian. Tanpa diduga, penampilan Mummy Jerung di pentas ‘Big Stage 2022’ mendapat pujian dan respon sangat positif selama 2 minggu berturut-turut konsert berlangsung.

Meskipun dikenali dengan latar belakang sebagai ahli perniagaan, persembahannya di rancangan berkenaan ibarat setanding dengan peserta lain yang sememangnya sudah dikenali sebagai artis popular dalam dunia nyanyian.

2 minggu dipuji, namum malam tadi nyanyian agak kaku
Akan tetapi, persembahannya malam tadi nampaknya kurang menjadi dalam percubaan membawakan lagu balada Tokti yang berjudul ‘Bicara Manis Menghiris Kalbu’. Perlu menggabungkan teknik vokal deep dan tinggi, namun nampaknya Sofiaa Marieylla akui sedikit gugup sekali gus menjadikan penyampaian dan penghayatannya seakan-akan kaku.

@ejamsepet TAKPE MUMMY @sofiaamarieylla TERUSKAN BELAJAR DAN BELAJAR, WE ALWAYS SUPPORT U ! #bigstage2022 #dominasibbnu #bbnu #fypシ #jerungmerah ♬ original sound – ηιzzαмzαιηαℓ

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Astro Gempak (@astrogempak)

Boleh rasa berat, berat sungguh…Berat daripada gaun tu (minit 5:22)
Bukanlah mudah membawa lagu seberat itu, tetapi penyanyi asalnya tidak lokek ilmu untuk mengajarkan Mummy Jerung teknik nyanyian yang betul khususnya di bahagia korus. Sempat berseloroh menggunakan loghat Terengganu, Tokti menekankan tentang penggunaan teknik vibrato dan menasihatkan Sofiaa agar jangan terlalu mendatar mengeluarkan suara.

Gaya Tokti ajar Mummy Jerung nyanyi guna 'slang' Terengganu raih perhatian

Dia sengaukan suara tu biar dengar macam loghat Ganu…Kelakarlah, kerut kening Ajai
Adegan ‘kelas vokal’ itu berjaya membuatkan ramai terhibur apalagi apabila Tokti menambahkan bunyi sengau dalam percakapannya. Pun begitu, mereka senang hati dengan cara juri tetap itu memberikan kritikan dan bimbingan yang cukup membina.

Gaya Tokti ajar Mummy Jerung nyanyi guna 'slang' Terengganu raih perhatian

Gaya Tokti ajar Mummy Jerung nyanyi guna 'slang' Terengganu raih perhatian

Tonton:

Baca:

Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, “patutlah mesej i love u tiba-tiba”

Tidak cucuk ‘booster’, anda tidak dibenarkan solat jumaat

Mesin basuh anda ada butang ‘Soak’? Rugi jika anda tidak tahu guna fungsinya

CATEGORIES