Garam epsom kalau jarang guna jangan buang, rupanya elok untuk tumbuhan

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Garam Epsom ni memang tidak digunakan dalam masakan tapi manalah tahu ada yang terbeli dan ingat ia tak berguna, cepat sahaja nak buang.

Jangan begitu, setiap benda ini ada kegunaan ia dan kebiasaanya garam jenis ini adalah untuk melegakan serta menghilangkan tekanan dan stres.

Caranya senang dengan menjadikan ia sebagai sapuan, rendaman atau minuman.

Ada lagi satu kelebihan dan kegunaan garam Epsom ini, ia adalah sangat baik untuk tumbuhan terutamanya untuk anda yang baru nak mula menanam.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Liyana Mohd Poad mengenai kegunaan garam Epsom buat tumbuhan.

Garam epsom kalau jarang guna jangan buang, rupanya elok untuk tumbuhan

Tip guna garam Epsom
1. Meningkatkan Percambahan Benih

Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih

Cara menggunakan ia adalah:

1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 ke 2 sudu dan gaul dengan tanah semaian.

2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)

Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.)

Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.

Cara menggunakan ia adalah:

1 sudu untuk 1 pokok.
Tabur pada tanah sekeliling pokok tersebut.
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu ke tanah)

Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut).

Ini adalah kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt.

Cara menggunakan ia adalah:

Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.

4. Daun kekuningan

Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka.

Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.

Cara menggunakan ia adalah:

Tabur atau siram lebih kurang 1 sudu besar pada setiap pokok.

Lakukan sebulan sekali dan ia kan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda,

Sesuai untuk mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula.

Kadar siraman:

Satu sudu campur dengan empat liter air.
Lakukan ia 2 kali seminggu.
5. Pokok bunga ros lebih cantik dan bunga lebih besar

Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap

Guna ketika awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang

Baca juga: Ibu ayah ahli GISBH tak mengaku anak, ini respon Menteri Agama cara penyelesaiannya