Gara-gara usul usir Israel dari PBB, aplikasi waze Malaysia tiba-tiba tukar bahasa Hebrew

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pengguna aplikasi popular, Waze, di Malaysia baru-baru ini dikejutkan apabila mendapati aplikasi mereka

Tiba-tiba bertukar ke bahasa Hebrew tanpa sebarang amaran atau pilihan untuk kembali ke bahasa asal.

Kejadian ini berlaku di tengah-tengah laporan bahawa Malaysia sedang merancang untuk membawa resolusi

Bagi mengusir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Peristiwa ini menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna di Malaysia sama ada ia sekadar kebetulan

Gara-gara usul usir Israel dari PBB, aplikasi waze Malaysia tiba-tiba tukar bahasa Hebrew

atau mempunyai mesej tersembunyi, atau mungkin merupakan cara halus Israel untuk ‘menyindir’ Malaysia.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Wanda (@wnaidanz) telah memuat naik tangkap layar Waze dengan ciapan yang menghiburkan, “What in the Israel hell is this suddenly my Waze is in Hebrew?”

Perkongsian tersebut menjadi tular, dengan ramai pengguna lain turut berkongsi pengalaman serupa apabila aplikasi Waze mereka bertukar ke bahasa Hebrew.

Setakat ini, pihak Waze masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Ada pengguna yang berspekulasi bahawa ia mungkin disebabkan oleh kesilapan teknikal atau bug dalam sistem.

Namun, memandangkan Waze adalah produk asal Israel, ramai yang tertanya-tanya jika ini adalah “easter egg” atau mesej tersembunyi yang berkait dengan pendirian politik terkini Malaysia.

Di platform seperti Twitter dan Reddit, pengguna membincangkan teori bahawa perubahan bahasa ini mungkin disengajakan sebagai reaksi terhadap pendirian Malaysia yang tegas dalam isu politik antarabangsa.

Untuk makluman, Waze adalah aplikasi navigasi yang dibangunkan di Israel pada tahun 2006 sebelum dibeli oleh Google pada 2013.

Disebabkan asal-usulnya, Waze masih mengekalkan beberapa elemen teknikal yang berkait dengan bahasa dan budaya Israel.

Walaupun aplikasi ini kini dimiliki oleh syarikat gergasi Amerika Syarikat, ia tetap mempunyai akar yang kuat di Israel, yang mungkin menjelaskan mengapa bahasa Hebrew masih muncul dalam sistem aplikasi tersebut.

Pengguna di Malaysia kini menuntut penjelasan dan maklum balas daripada pihak Waze.

Walaupun kebanyakan pengguna mampu menyesuaikan diri dengan menukar semula bahasa secara manual, kejadian ini telah menimbulkan rasa kurang senang.

Ramai yang berpendapat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku, terutamanya bagi pengguna di negara yang tidak menggunakan bahasa Hebrew sebagai bahasa utama

BACA: Ini yang bakal terjadi pada jawatan Perdana Menteri bila Anwar Ibrahim lepas jawatan Presiden PKR