Gara-gara tertidur ketika masa juadah berbuka, 3 rumah terbakar

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pasukan bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh dua jam.

Tiga buah rumah di Desa Sayangheulang, Cianjur, Jawa telah musnah dalam kebakaran pada lewat petang Isnin.

Menurut pegawai bomba yang dikenali sebagai Reki, kebakaran dikatakan bermula daripada tungku dapur yang tidak diawasi oleh pemilik salah satu rumah yang terlibat.

Gara-gara tertidur ketika masa juadah berbuka, 3 rumah terbakar

“Penyewa rumah sedang memasak juadah berbuka puasa. Namun, semasa memasak, dia terlelap dan dapur ditinggalkan tanpa pengawasan sehingga api merebak dan melibatkan dua rumah lain,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa api merebak dengan cepat disebabkan kedudukan berhampiran rumah serta bahan pembinaan yang mudah terbakar.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pasukan bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh dua jam.

Tiada kecederaan dilaporkan kerana penghuni rumah yang terlibat berjaya menyelamatkan diri.

BACA: Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan, sekali ini respon ‘sukarelawan’