Gara-gara termakan biskut ganja homemade buatan ayah, kanak-kanak ini ‘tenang’ sampai sesak nafas.
Pelbagai kesan buruk anak terjadi sekiranya seseorang mengambil dadah, termasuk boleh membahayakan nyawa orang yang tersayang.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami pening kepala,
sesak nafas dan loya dipercayai akibat termakan biskut yang mengandungi bahan terlarang.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian yang berlaku di Gerik, Perak itu terjadi apabila kanak-kanak tersebut menjamah biskut coklat buatan bapanya yang dipercayai mengandungi ganja.
Bapa positif dadah jenis tetrahydrocannbinol (THC)
Menurut sumber, pembantu perubatan klinik yang bertugas sekitar jam 10.26 malam memberitahu keadaan mangsa mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.
“Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut. Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya. Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC),” katanya.
Suspek direman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
BACA:
‘Rezeki tak pernah salah alamat, ada RM1 pun rezeki’, Lelaki ini jual RM1 pada harga RM1000