Gara-gara telefon kena rampas warden pelajar perempuan nekad bakar asrama, 19 pelajar lain terkorban

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara telefon kena rampas warden pelajar perempuan nekad bakar asrama, 19 pelajar lain terkorban.

Tidak berpuas hati terhadap sekolah yang merampas telefon bimbitnya, seorang pelajar perempuan nekad membakar sekolahnya sebagai tanda protes.

Memetik laporan Reuters, kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Guyana, Georgetown itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak.

Gara-gara telefon kena rampas warden pelajar perempuan nekad bakar asrama, 19 pelajar lain terkorban

Seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama.

Difahamkan, kebakaran tersebut mula disedari para pelajar apabila mereka terjaga selepas terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Mahdia, David Adams mengesahkan bahawa pelajar perempuan yang menjadi dalang kepada kebakaran tidak mengalami sebarang kecederaan di dalam kejadian tersebut.

David juga tidak dapat mengesahkan sama ada pelajar itu ditahan kerana tiada sebaranga kenyataan dibuat pihak polis mengenai tangkapan pelajar tersebut.

Sementara itu, hasil bedah siasat post-mortem dibuat ahli patologi ke atas enam mayat mendapati bahawa punca kematian mereka adalah disebabkan oleh keracunan asap dan luka terbakar manakala tiga belas mayat lain telah dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA dan hampir 30 kanak-kanak lain dirawat di hospital

BACA:

Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu

Kena cas extra 50sen bila minta tambah ikan bilis, telur dan sambal, pembeli naik angin enggan bayar nasi lemak RM2.00