Gara-gara tak siapkan kerja sekolah matematik, telinga murid darjah 4 di’stapler’ cikgu

Oleh DAHLIA MARZUKI

Dipetik dari Sabah Post, mangsa, Amir Shafuan Bahram, 10, mengalami luka pada telinga kiri akibat daripada tindakan guru terbabit.

Menurut ibu mangsa, beliau mengetahui akan kejadian ini selepas dimaklumkan oleh kakanya, Puana, 42, ketika mengambil anaknya pada jam 11.30 pagi.

Telinga murid ini distapler guru angkara tak siap kerja sekolah

Gara-gara tak siapkan kerja sekolah matematik, telinga murid darjah 4 di'stapler' cikgu

“Saya ada tanya dia (anak) kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tiada apa-apa.

Namun saya terkejut melihat ada tompokan darah pada baju sekolah sebelum kakak saya yang turut mengambil anaknya di sekolah berkenaan memberitahu bahawa telinga anak saya distepler oleh guru di sekolah berkenaan.

“Saya bersama kakak kemudian membawa Amir menemui guru terbabit dan menanyakan mengapa bertindak sedemikian.

Guru wanita itu mengatakan Amir tidak menyiapkan kerja sekolah mata pelajaran Matematik yang diberikan.

“Saya kemudian memberitahunya mengapa perlu menstepler telinga murid… guru itu hanya mendiamkan diri,” katanya.

Satu laporan polis juga telah dibuat selepas mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu.

BACA: “Aku terjumpa diari arwah mak, banyak kali mak tulis, emak benci abah tapi aku tengok bahagia rupanya ini abah buat!”