Gara-gara tak mampu bayar ambulans, bapa ini bawa balik mayat anak naik bas dari hospital undang reaksi netizen.
Seorang bapa di India terpaksa menempuh perjalanan 200 kilometer dengan menaiki bas bersama mayat anaknya yang berusia lima bulan di dalam beg
kerana tidak mampu membayar tambang ambulans, lapor portal berita Independent semalam.
Insiden berlaku di negeri Bengal Barat pada Ahad lalu. Ashim Debsharma menaiki bas selepas pemandu ambulans meminta bayaran 8,000 rupee (RM439.50) untuk membawa dia dan mayat anaknya pulang dari Siliguri ke Kaliaganj.
“Anak lelaki saya berusia lima bulan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital dan Kolej Perubatan Bengal Utara (NBMCH) di Siliguri selama enam hari. Saya membelanjakan 16,000 rupee (RM879) untuk rawatan tersebut,” katanya.
Menurut Ashim, pemandu ambulans meminta tambang 8,000 rupee untuk membawanya pulang ke rumah. Oleh kerana wangnya tidak cukup, dia memasukkan mayat anaknya ke dalam beg dan menaiki bas untuk pulang ke Kaliaganj.
Lelaki tersebut berkata, dia menghubungi perkhidmatan ambulans di nombor 102, namun diberitahu bahawa kemudahan percuma itu hanya untuk pesakit dan bukan penghantaran mayat, lapor portal berita NDTV.
Ashim menaiki bas tanpa meminta bantuan daripada penumpang atau kakitangan kenderaan itu kerana bimbang jika mereka menemui mayat anaknya, dia akan diminta turun daripada bas tersebut.
Pihak berkuasa hospital bagaimanapun berkata, dia tidak menghubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan ambulans.
“Pihak NBMCH tidak mempunyai kenderaan jenazah sendiri tetapi jika keluarga kurang berkemampuan memintanya, kami akan mengaturkannya melalui jawatankuasa kebajikan pesakit,” kata Penguasa hospital itu, Dr. Sanjay Mallik seperti dilaporkan akhbar Hindustan Times.
BACA:
Tak sangka! Ramai tak tahu nama asal duit Malaysia sebelum digelar Ringgit Malaysia, ini ceritanya