Gara-gara tak cukup RM4.00 langgan pelacur, alat sulit pelanggan parah ditikam.
Mengerikan apabila seorang pelacur di Malawi menikam salah seorang pelanggannya pada bahagian alat sulit kerana mendakwa mangsa berhutang 1000 kwacha (kira-kira RM250) dengannya.
Daily Star melaporkan, jurucakap polis berkata, pekerja seks itu ditangkap dan kini berdepan tuduhan yang serius.
Laman berita Malawi 24 berkata, kejadian mengerikan itu berlaku di Monkey Bay dekat daerah Mangochi, dan suspek dikenali sebagai Patricia Wyson.
Dia didakwa menikam alat sulit pelanggannya dengan pisau.
Jurucakap balai polis Monkey Bay, Sarjan Alice Sichali berkata, kejadian berlaku di Kampung Chembe di kawasan Penguasa Tradisi Nankumba, Cape Maclear, pada malam 28 April lalu.
Polis berkata, suspek berusia 29 tahun bertemu mangsa dan kedua-duanya membuat perjanjian untuk melakukan hubungan seks dengan bayaran.
Harga yang dipersetujui hanyalah 1,000 Kwacha.
Selepas bersetuju, suspek menuju ke rumah pelanggan.
“Ketika di sana, pertengkaran berlaku…. dalam proses itu suspek mengambil pisau tajam dan mencederakan alat sulit pelanggan,” kata Sersan Sichali.
Lelaki itu dikejarkan ke pusat kesihatan Cape Maclear dan dirujuk ke hospital komuniti Monkey Bay untuk rawatan dan pemeriksaan.
Suspek pula kemudian ditangkap dan dijangka berdepan pertuduhan termasuk berniat menyebabkan kecederaan teruk, lapor Malawi 24.
BACA:
Patutlah galak sebar fitnah? Rupanya pengasas portal RotiKaya milik Ketua Penerangan PN Seremban