Gara-gara suami suka makan ‘ayam hidup’, isteri tak bersalah ditimpa bala dijangkiti HIV meningkat

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara suami suka makan ‘ayam hidup’, isteri tak bersalah ditimpa bala dijangkiti HIV meningkat.

KES membabitkan suri rumah dan ibu hamil yang dijangkiti virus HIV di Daerah Bogor, Indonesia menunjukkan trend yang semakin meningkat.

Data dari Yayasan Institut Kajian Strategik (Lekas) menunjukkan, terdapat 428 kes HIV membabitkan golongan berkenaan pada 2021

Gara-gara suami suka makan 'ayam hidup', isteri tak bersalah ditimpa bala dijangkiti HIV meningkat

Dan jumlah itu meningkat kepada 747 kes pada 2022.

Ketua yayasan, Muksin ZA berkata, punca kepada peningkatan kes HIV membabitkan golongan berkenaan disebabkan kebanyakan suami mangsa yang gemar melanggan pekerja seks.

“Wanita hamil dan suri rumah terdedah kepada pasangan yang mempunyai tingkah laku seksual berisiko,” ujarnya sambil menegaskan, kerajaan perlu mengambil perhatian serius berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, kata Muksin, Kementerian Kesihatan mendapati terdapat sekitar 5,100 kes baharu suri rumah yang dijangkiti HIV setiap tahun.

Daripada jumlah berkenaan, ujarnya, 33 peratus kaum suri rumah cenderung disahkan positif HIV

BACA:

“Patutlah aku pernah jumpa ‘baju’ kecil adik dalam lori suami, rupanya ini kerja mereka masa aku teman anak di hospital!”

YDP PIBG dedah sekolah di Kedah kantoi ‘songlap’ duit PIBG RM16,000