Gara-gara putus cinta, lelaki tidur atas menara 80 meter

Gara-gara putus cinta, seorang lelaki bertindak nekad dengan memanjat sebuah menara besi dan tertidur di atas menara tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan sebuah rakaman video yang dikongsikan di laman Instagram, pemuda tersebut dilaporkan memanjat menara setinggi 80 meter, berdiri di atasnya dan akhirnya tertidur.

Aksi nekadnya menimbulkan kekecohan dengan orang ramai berkumpul di bawah kerana bimbang dia akan bertindak di luar jangkaan.

Gara-gara putus cinta, lelaki tidur atas menara 80 meter
Pemuda tersebut memanjat menara setinggi 80 meter, berdiri di atasnya dan akhirnya tertidur.

Pihak polis turut dikejarkan ke lokasi kejadian yang dikatakan berlaku di Probolinggo, dalam wilayah Jawa Timur.

Selain itu, turut dibawa bersama polis adalah seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih lelaki terbabit bagi tujuan memujuknya agar dia turun ke bawah.

Wanita tersebut dilihat menjerit memanggil lelaki berkenaan untuk turun ke tanah. Tidak lama selepas mencuba, dia akhirnya akur dan turun ke bawah.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pandangan mengenai insiden tersebut.

“Ada-ada sahaja. Kalau kehilangan seorang kekasih, ada ramai lagi wanita di luar sana. Kalau sudah tiada jodoh, apa lagi yang boleh dilakukan jika begitu kehendak takdir,” kata seorang pengguna media sosial.

BACA JUGA : Amaran hujan lebat peringkat merah di Lembah Klang
Panas !!! Premis mewah di KL diserbu, polis rampas pokok ganja bernilai lebih RM500k