Gara-gara nak jimat duit beli gigi palsu secara online, sekali lain pula yang dapat bikin netizen berdekah

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara nak jimat duit beli gigi palsu secara online, sekali lain pula yang dapat bikin netizen berdekah.

Seorang warga emas gagal menghubungi penjual setelah membeli enam set gigi palsu berharga SGD$65 (RM289) tetapi sebaliknya menerima gigi mainan, lapor laman berita Mothership semalam.

Luo Tailan, 65, memberitahu bahawa dia melihat iklan gigi palsu di Facebook pada April lalu.

Gara-gara nak jimat duit beli gigi palsu secara online, sekali lain pula yang dapat bikin netizen berdekah

Menurut Tailan, produk gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang menurutnya murah beserta promosi ‘beli tiga, percuma tiga’.

Video yang disertakan bersama iklan tersebut memberitahu bahawa pembeli yang mendapatkan tiga set gigi palsu bahagian atas akan mendapat satu set gigi palsu bahagian bawah.

Tertarik dengan tawaran itu, dia membeli enam set gigi palsu yang berharga SGD$65 (RM289).

Dua minggu kemudian, Tailan menerima bungkusan tersebut dan membayar semasa penghantaran. Dia kemudian terus membukanya dan mencuci gigi palsu itu.

Namun ketika ingin mencubanya, dia menyedari gigi palsu itu tidak boleh digunakan.

“Lebih mengejutkan, gigi palsu yang saya beli sama seperti mainan kanak-kanak,” ujarnya.

Tailan kecewa apabila dia gagal menghubungi penjual itu.

Penjual kemudian membuang iklan di Facebook apabila Tailan membeli amaran kepada pengguna lain agar tidak membeli produk tersebut.

BACA:

“Apa isteri buat, semua salah di mata mak, bencinya mak pada isteri aku, tak sangka! sekali ini respon isteri”

Kecoh kes scalper jual tiket Coldplay harga tak masuk akal, individu minta ramai waspada sebab scammer pun buat kerja juga.