Gara – gara nak cepat kaya pesara putih mata wang simpanan hampir RM1 juta

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang pesara mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, memaklumkan bahawa lelaki berusia 65 tahun itu

Dia membuat laporan polis pada Ahad setelah kerugian sebanyak RM873,000 akibat pelaburan yang tidak wujud.

“Mangsa diperdaya oleh sindiket yang menawarkan pelaburan dengan janji keuntungan antara 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.

Penipu mendakwa wang keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun aplikasi telefon bimbit mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Gara - gara nak cepat kaya pesara putih mata wang simpanan hampir RM1 juta

Menurut beliau, mangsa telah melakukan 19 transaksi pembayaran berjumlah RM837,000 ke tujuh akaun bank tempatan dari 18 Oktober hingga 27 November.

“Selepas pembayaran dibuat, mangsa menyemak akaun aplikasinya dan mendapati keuntungan yang terpapar adalah RM2.35 juta. Namun, ketika cuba membuat pengeluaran, akaun tersebut disekat, menyebabkan mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu,” tambahnya.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan pelaburan tidak wujud.

BACA: Saya tidak takut, bapa saya polis, dia akan lindungi saya