Gara-gara mempolitikkan kegagalan prestasi atler Sukan Sea, Pesuruhjaya Pas Perak ‘disekolahkan’ warganet

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara mempolitikkan kegagalan prestasi atler Sukan Sea, Pesuruhjaya Pas Perak ‘disekolahkan’ warganet.

Laman Twitter Razman Zakaria dihujani kritikan warganet selepas Pesuruhjaya Pas Perak itu memuat naik ciapan berkenaan pencapaian kontinjen Malaysia yang agak corot dalam sejarah Sukan SEA.

Kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas tahun ini dengan hanya membawa pulang 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.

Gara-gara mempolitikkan kegagalan prestasi atler Sukan Sea, Pesuruhjaya Pas Perak 'disekolahkan' warganet

Razman menerusi ciapannya, menyebut nama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli untuk menjelaskan apa yang sedang terjadi.

“YB Menteri Sukan Hannah Yeoh dan YB Timb. Menteri Adam Adli, boleh tolong respon sikit, kenapa jadi begini?,” soalnya.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial menghujani ruangan komen pemimpin Pas itu dengan soalan sinis, bertanya adakah beliau fikir persediaan ke acara Sukan Sea itu cuma 5 bulan sahaja?

Ini kerana Hannah dan Adam hanya dilantik mengetuai kementerian itu pada Disember 2022.

Justeru soalan itu agak rasional, kerana tidak mungkin para atlet melakukan persediaan hanya dalam tempoh lima bulan.

Ia wajar bermula lebih awal lagi ketika Perikatan Nasional menguasai Putrajaya.

“Baru tahu persiapan Sukan Sea ni bermula selepas YB hannah dan YB Adam jadi Menteri dan Timbalan Menteri.

“Apa agaknya menteri dan timbalan menteri kerajaan sebelum ini buat ya?,” soal pengguna Twitter @_EhEzal.

Mereka juga berkongsi semula keputusan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang menyaksikan prestasi Kedah dan Kelantan tidak memuaskan apabila jatuh di kedudukan paling bawah iaitu di tempat ke 12 dan ke 14.

“Masa sukan SUKMA, Kedah, Kelantan gagal capai target pingat tapi kenapa tak nak minta Exco negeri letak jawatan,” kata @zass_hot.

“Persediaan untuk sukan begini adalah perancangan jangka panjang bukan dalam tempoh 6 bulan nak salahkan menteri. Soalan bodoh dari YB tak perlu sebarang respon,” komen pula @DrRamliZainal.

Selain itu ada yang menyebut nama bekas menteri sukan, Datuk Faizal Azumu yang mengetuai kementerian itu sejak 2021.

“Sukan Sea 2023 bermula 5 Mei hingga 17 Mei 2023. Sepanjang tempoh itu, 34 pingat emas atlet Malaysia perolehi.

“Tiada satu hantaran tahniah pun dari YB. Mereka beroleh kejayaan, mereka menang.

“Raikanlah mereka. Mengapa hanya nampak yang gagal dan terburuk?” ulas seorang warganet pula

Sumber: https://harapandaily.com/razman-disekolahkan-selepas-persoal-hannah-adam-prestasi-sukan-sea/

BACA:

Hanya kerana tak bersedia galas tanggungjawab sebagai suami, lelaki ini cekik tunang sampai mati

Masyi dakwa dapat ‘hint’ sebelum kemalangan macam Final Destination