Gara-gara mak tiada di rumah, punggung kanak-kanak 12 tahun tertusuk besi pagar sedalam 5cm

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara mak tiada di rumah, punggung kanak-kanak 12 tahun tertusuk besi pagar sedalam 5cm.

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun berdepan nasib malang menyakitkan selepas punggungnya tercucuk besi pagar

sedalam 5 sentimeter (cm) ketika berada bermain di rumahnya di Taman Seri, Sungai Besar, Selangor pada Isnin.

Gara-gara mak tiada di rumah, punggung kanak-kanak 12 tahun tertusuk besi pagar sedalam 5cm

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.25 petang mengenai insiden tersebut.

Katanya, kanak-kanak tersebut tersangkut di besi pagar berkenaan lebih kurang 20 minit sebelum diselamatkan pihak bomba yang tiba di lokasi pada pukul 6.38 petang.

“Kejadian disedari oleh jiran kerana mak mangsa tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Anggota bomba dan petugas kesihatan membantu memasukkan mangsa ke dalam ambulan bagi dihantar ke hospital. — Bomba

Wan Md berkata, mangsa berjaya diangkat oleh pihak bomba dan dihantar ke hospital Sabak Bernam, Selangor dengan menaiki ambulans.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil maklumat diperolehi daripada jiran mangsa, kanak-kanak malang itu sebelum ini dikatakan sering bermain di atas pagar terbabit.

BACA:

Pecah rekod baru, kalah harga RXZ! Lelaki ini berjaya jual 125zr dengan harga RM85k

Seorang bapa dan anak terlanjur sampai mengandung 9 bulan, sekali lain pula reaksi isteri bila rahsia terbongkar