Gara-gara lewat pergi majlis akad nikah sendiri, pengantin pandu lebihi hadlaju sekali lain pula jadi bila polis tahan

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara lewat pergi majlis akad nikah sendiri, pengantin pandu lebihi hadlaju sekali lain pula jadi bila polis tahan

SEORANG lelaki yang dalam perjalanan untuk ke majlis perkahwinannya sendiri telah ditahan polis kerana kesalahan memandu laju.

Lelaki itu yang memandu kereta model BMW berwarna perak ditahan di lebuh raya ketika dalam perjalanan dari Wiltshire ke Swindon, England.

Gara-gara lewat pergi majlis akad nikah sendiri, pengantin pandu lebihi hadlaju sekali lain pula jadi bila polis tahan

Dia bukan sahaja memandu pada kelajuan 121 kilometer/jam (kmj), iaitu melebihi 50 kmj halaju yang dibenarkan, tetapi memandu dalam keadaan berbahaya kerana tayar keretanya botak.

Polis mengeluarkan notis larangan, yang menghalang kenderaan dalam keadaan berbahaya daripada dipandu di jalan raya.

Susulan itu, lelaki berkenaan terpaksa dijemput oleh salah seorang daripada pihaknya untuk membawanya ke majlis perkahwinan.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia berjaya tiba di majlis tersebut pada masa yang ditetapkan atau sebaliknya.

“Biasanya pengantin perempuan yang selalu lambat.

“Malangnya, pengantin lelaki ini perlu memberi beberapa penjelasan selepas ditahan kerana memandu laju ke majlis perkahwinannya,” demikian ciapan polis Wiltshire di Twitte
BACA:

Gara-gara ada wang tak dituntut sampai RM170 ribu, wanita ini terkejut bank datang beri salam