Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian orang ramai selepas menukar bilik tidur anak perempuannya
Menjadi seperti penjara kerana kanak-kanak tersebut ponteng kelas Matematik di sekolah, lapor portal berita Hindustan Times semalam.
Menerusi rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @vince_nyla,
lelaki itu mengosongkan bilik anaknya dengan mengeluarkan semua barang yang ada.
Ini termasuk pakaian, cadar, tilam, rak, televisyen, dan katil.
“Anak perempuan saya ponteng kelas Matematik untuk kali kedua bersama dua rakannya. Jadi, saya nekad untuk menghukumnya dan menukar bilik tidurnya menjadi sel penjara.
“Dia juga diarahkan untuk menulis ayat ‘saya ponteng kelas matematik’ pada baju-T dan dipaksa memakainya selama dua hari.
Rakaman itu mencatat lebih 25.2 juta tontonan dan 1.5 juta tanda suka.
@vince_nyla 🫖 🫖🫖🫖🫖🫖 Ok because its so highly recommended but told yall it not the reaction ya was thinking lol 😂😂😂 #vincenyla❤️💕 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Disco – Surf Curse
“Ini adalah perbuatan melampau!” marah seorang netizen.
“Bapa saya juga menghukum saya seperti ini, tetapi akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah kejuruteraan!” kata netizen lain
BACA: Ini yang bakal terjadi bila pelajar genius masuk universiti awal dari waktunya