Bekas bapa mentua kepada bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful, iaitu Ustaz Engku Fadzil,
Beliau dilaporkan telah membuka tabung sumbangan selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas menantunya itu.
Difahamkan, tabung tersebut dibuka kepada orang ramai bagi membiayai kos guaman di peringkat rayuan,
Dngan jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM60,000, yang akan dibayar secara berperingkat.
Menurut makluman, Ustaz Engku membuka ruang kepada sesiapa yang sudi dan mampu untuk menyumbang bagi kos guaman tersebut.
Jumlah keseluruhan kos adalah RM65,000, dengan RM5,000 telah dibayar oleh Ustaz Engku sendiri. Sehingga Jumaat, 25 Oktober 2024, baki yang diperlukan ialah RM60,000.
Sebelum ini, Fadzil telah menyaman Shakila atas dakwaan bahawa bekas menantunya memfitnahnya berkaitan tuduhan memaksanya menggugurkan kandungan serta ingin merosakkan reputasinya. Namun, mahkamah mendapati Fadzil gagal membuktikan kes tersebut. Shakila kemudian membalas saman atas alasan penipuan dan penyataan palsu yang dilakukan terhadapnya.
Mahkamah mendapati Shakila berjaya membuktikan kes terhadap Fadzil dan bekas suaminya, Engku Fakhruddin. Kedua-dua mereka didakwa telah memanipulasi Shakila dengan mendakwa bahawa Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan menggugurkan kandungan.
Dalam keterangannya, Shakila memaklumkan bahawa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk hingga pernah terfikir untuk membunuh diri
Dia juga menegaskan bahawa segala kenyataan yang dikongsikan di media sosial adalah benar dan bukan fitnah terhadap Fadzil dan bekas suami.
BACA: Pelakon tamil terkenal nekad tinggalkan dunia lakonan dan gaji lumayan, tumpu kerjaya politik