Gara-gara jemur beras tengah jalan, penunggang motor maut terbabas

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang penunggang motosikal telah terbabit dalam kemalangan maut selepas merempuh timbunan beras yang sedang dijemur di atas jalan raya.

Kejadian ini berlaku di Thailand pada 23 November, di mana mangsa yang dikenali sebagai Thongthai,

Berusia 38 tahun, disahkan meninggal dunia selepas dirawat di hospital.

Gara-gara jemur beras tengah jalan, penunggang motor maut terbabas

Mangsa menunggang motosikalnya apabila merempuh timbunan beras kering yang sedang dijemur di Jalan Ban Yang-Ban Sok Deu di Ban Yang, Lam Thamenchai, wilayah Nakhon Ratchasima.

Selepas kejadian itu, Apichai Pakkarang, ketua kampung di tempat tersebut, telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti menjemur beras di atas jalan raya dengan serta-merta.

Menurut Apichai Pakkarang, yang berusia 56 tahun, tindakan menjemur beras di atas jalan raya boleh menyebabkan kemalangan, dan beliau tidak mahu kejadian serupa berulang lagi.

BACA: “Aku curang sebab geli bau badan isteri, rupanya isteri aku rahsiakan sesuatu buat aku menyesal tak hargai dia!”