Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.
Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.
Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.
“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.
“Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah netizen nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.
Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji.
Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Moga kuat adik. Memang tak mudah. Moga adik beroleh kekuatan dan kesabaran,” kata Zahidah Hosman.
“Ya Allah, menggigil kita baca. Kuatnya awak Jiha. Semoga Allah permudahkan urusan awak anak beranak,” kata Afiqah Karim.
Allah uji orang yang mampu dan kalau bukan di dunia, akhirat pasti dia mendapat pembalasan setimpal. Semoga awak tabah dan dipermudahkan urusan bersama anak dan keluarga,” kata Amila Adzeem.
Pengkhianatan dan keadilan
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Saya Najihah Othman bertanggungjawab terhadap penulisan dan posting saya. Pertama sekali saya berharap posting ini dapat menjawab persoalan dan mengelakkan fitnah dimasa akan datang. Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami (Hanafi) pada 5/12/2021 asbab orang ketiga. Seperti sebahagian orang tahu, saya merupakan doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di selatan tanah air.
Pengkhianatan
2-3/12/21 (Khamis-Jumaat)
Aku kerja night shift hari ketiga berturut pada hari khamis malam. sepatutnya hari jumaat esoknya aku postcall lepastu cuti hari sabtu. Memandangkan aku PJJ dan suami menyewa di E**** sebab bertugas di Klinik kesihatan somewhere arah pantai timur. Aku nak spend weekend kat E****, buat slide CME masa weekend. Kebiasaanya suami akan bertolak balik rumah mak di PG khamis petang selepas waktu berkerja di KK pukul 3: 30 ptg. Tapi suami beralasan kata ada kerja nak buat dan dia kata akan jemput aku jumaat pagi esok.
Balik kerja 9 pagi, terus bergegas balik rumah mak, packing barang dan bertolak ke E****. Dalam perjalanan , Noya (anak aku) mengamuk nak phone untuk pengetahuan semua anak kami tidak di exposed dengan gadjet setiap hari. Jadi Hanafi bagi phone dia kepada aku dan kami duduk di seat belakang. Entah kenapa gerak hati nak check telefon hanafi. Nampak conversation mencurigakan . Ada perempuan nama PPK Raihan KK E**** whatsapp suruh hati hati and happy holiday subuh2 (time suami aku gerak dari E**** nak ke jb amek aku ngn noya). Pastu aku pun bukak lah gallery hanafi, penuh dengan selfie! even 3 kali sehari pun ada adoiyaaaii. Aku memang tahu hanafi bukan kaki selfie, even dia selfie awat tak bagi kat aku kannnn.
For sure lah kan kita jadi perempuan curious gila, sebab whatsapp tu takde conversation atas2, ttbe ada pmpn wish take care. so aku cepat2 screenshot and hntr kt fon aku bukti2 tu semua.
Sampai E****, aku sumpah ah barai teruk, rasa nak nangis, nak confront tp aku mcm terlalu letih, aku decide nak tido lelap mata jap, aku terbangun pukul 3.30 petang camtu.
Aku pun jumpa hanafi, tanya elok2 sape pmpn tu, reaksi dia memang tak bersalah dia, cakap tak tahu, kawan tempat kerja, pastu terus nak chow dari meja makan. (kalau tak salah, kenapa nak mengelak kan?)
disebabkan aku pun tak dapat jawapan dari laki aku, aku pun pergilah contact si Raihan ni. Tapi hampehhh dia bluetick. Aku siap ugut cakap aku boleh bawak isu ni ke FMS (Dr Pakar KK E**** ), Matron dan lain2 ke bahagian tatatertib. Tapi still bluetick. So sepanjang jumaat tu hanafi memang tak cakap sepatah kat aku, even x layan noya main pun.
3/12/21 (Sabtu)
Pagi sabtu tu, aku curi2 bukak phone hanafi, dokumen whatsapp images. Wow ada gmbr dating pukul 4 ptg 17/10/21, gambar beli C*ndom pukul 2 ptg hari yang sama. Jatuh jantung aku, terus aku tanya hanafi, tapi cam biasa buat bodoh ,buat2 tido kt sofa tak jawab persoalan aku. Masa tu aku tahu jauhhhh dah laki aku pergi. Aku tenangkan hati bawak anak aku keluar depan rumah jalan2, aku perhati ada satu jiran pandang pelik je kat aku (aku dah tak sedap hati, rasamcm laki aku ada bwk orang lain ke smpai jiran tu pandang aku pelik-maybe fizikal kami tak sama)
Hanafi hantar aku ngn noya balik rumah mak ayah semula (ktorang kan PJJ) kt JB. Masa dalam kereta memang membatu, aku duduk belakang, sungguh aku jijik nak duduk seat depan, sebagai isteri aku dapat rasakan ada perempuan lain amek hak aku, duduk tempat aku… sampai rumah mak ayah, bincang berempat mana hala tuju kami, both decided tak nak teruskan pun. Dia tipu kata kenal 3minggu , tapi aku terus selar pasal gambar c*ndom yang dibeli. Tapi hanafi tidak menidakkan, hanya diam kosong. Ayah pun cakap dosa besar tuduh orang berzin@ kalau takde bukti. Kat sini aku amek emergency leave ahad dan isnin.
Disebab kan takde siapa dapat percaya (you know laki aku ni baik orang nya dimata manusia) aku nekad amek EL and pergi E**** esok . Takde sape tahu aku amek cuti dua hari kecuali adik aku ika, sebab aku nak at least ada orang tahu kemana keberadaan aku.
4/12/21 (Ahad)
seawal 5:30 pagi aku dah bangun (lewat jugak ni,kalau hari bekerja aku bangun 4-4:30pagi), pukul 5:30 ada kt hospital buat AM review. Lepas bangun, buatkan anak susu, steril kan botol susu, tukar pampers sebelum keluar rumah. Masa tengok anak aku menyusu aku menangis, aku kata ngan anak aku, mama akan fight untuk noya. Apa lah dosa anak aku sampai kami dikhianati macam ni. So acah lah keluar rumah lepas subuh tergopoh gapah macam dah lewat nak p kerja (depan mak ayah).
Sepanjang nak ke e**** 3 jam tu hujan lebat, seperti mana air mata aku. Penuh persoalan kenapa aku, apa kurangnya aku, apa je aku tak korban kan utk perkahwinan kami, kami susah senang sama2. Yang paling aku sedih, macam mana aku nak support emosi anak aku yang akan membesar tanpa kasih sayang ayah.
9:30 pagi aku tiba di KK tempat suami berkerja, Laju aku atur langkah mencari dimana pejabat matron dan aku disambut mesra oleh matron K. Aku perkenalkan diri dan memberitahu hajat. Matron memang terperanjat, “Eh satu KK tahu Dr Hanafi tu kan dah kahwin, ada anak” aku pun tunjuk bukti , matron terkejut dan minta izin aku utk panggil sekali FMS masuk. Dan FMS pun masuk, dan adalah beberapa isu kantoi dengan FMS, contohnya suami aku ada amek EL kata nya sbb anak aku sakit (yup memang anak aku sakit, and aku tengah tagging NICU masa tu, tapi suami aku xde balik pun) tak habis tipu ada audit la, banyak kerja la apa la.
Kemudian aku mengatakan hajat untuk jumpa Noor Raihan, Matron setuju. Aku tunggu dalam bilik matron. Terkejut lah Raihan bila pintu bilik matron ditutup masa dia masuk (aku menyorok belakang pintu), aku cakap Hai saya Najihah, Wife Hanafi. Terus dia mcm “Oh” ngan muka pucat terkejut.
Setelah soal jawab 20min , terjawablah semua persoalan dan pengakuan yang mereka beberapa kali terlanjur , aku saje trapped perempuan tu cakap, “hanafi kata 3 kali, dia kata iya, tapi 1st time, 2nd time x igt, yang dia ingat latest khamis).So aku suspect ni dah lebih 3 kali tapi pmpn tu setujukan aje apa yg hanafi ckp ngn aku, padahal dia tak tahu aku saje tipu cakap 3 kali. paling sedihnya diorang buat atas katil kami, dirumah sewa suami. Allahu kau amek suami aku, sungguh takde hati , akal ke khianati aku mcm tu sekali hanafi?raihan?
Hina sungguh aku sebagai isteri.
Kau tipu aku hidup2 kata ada kerja, aku percaya. Rupanya khamis malam tak balik, sebab buat kerja tak senonoh. Semua pengakuan aku rekod, bersaksi kan matron masa tu. Mula2 dia kata nak bincang berdua, aku cakap “No,ni isu melibatkan KK E****, awak and hanafi dua2 kerja sini, sebab tu saya cari matron, saya tak membelakangkan tuan rumah” ikutkan hati aku nak aje aku serang jerit kuat2 dari luar KK maki hamun penyondol ni tapi aku ni takde lah tak bertamadun and I’m professional.
Then sambil nangis2 si Raihan kata nak penjelasan laki aku, aku cakap aku pun xtahu dia kat mana. Aku cakap haaa kau call la, sebab aku pun baru tahu yang laki aku masa tu amek EL.
Masa call Raihan loudspeaker,kata ada benda nak bincang sikit, laki aku cakap “ok lah datang rumah”
Jeng jeng jeng, Aku bawak raihan p rumah sewa laki aku pastu aku park kereta sorok sikit. Aku suruh raihan turun dulu, aku nak jugak tengok sejauh mana, laki aku bawak masuk pmpn tu ke atau bincang luar pagar.
Selepas dalam 5min, aku x nyabar aku turun, aku ambush masuk rumah laki aku yg kebetulan grill and pagar luar tak kunci, dorang berdua duduk ruang tamu. So aku rakam la, kat situ suami aku dengan tenang menceraikan aku talak satu depan perempuan tu. Dengan muka tak serbasalah, takde rasa mcm nak minta maaf ke dia boleh cakap ‘settle dah’. hahaha lols so aku angkut pmpn tu balik and hantar balik KK. Pmpn tu kata boleh tak sebelum hantar dia balik KK, dia nak cakap hati ke hati ngan aku , dia minta aku drive g penyabong. So dapat lah curah hati ke hati. Banyak aku tahu penipuan hanafi lepas tu.
Sejujur nya aku sangat bangga dengan diri aku, setitis air mata pun tak tumpah masa aku drive balik , aku rasa otak aku lapang, semua “kenapa, kenapa,mana kurangnya aku bla bla” hilang, apling penting aku cakap ngan diri aku, Aku ikhlas semua ni terjadi.Tapi sakit tu masih ada, takkan aku lupa sampai bila2,.
Sampai PG pukul 4 ptg, Anak aku dah ada depan pintu, Aku peluk noya kuat2, masa tu aku sedar realiti sekarang aku lah mak, aku lah ayah.
Time ni aku declare ngan mak ayah yang terkejut aku balik awal. aku cakap aku dari E**** dan aku actually tak pergi kerja pun harini, Mak ayah terkejut yang dia dah ceraikan aku tapi dorang kata aku sangat tabah
5/12/21 (Isnin)
Daftar cerai kat pejabat agama, aku nak buat aduan yang kes menyundal ni, tapi nasihat dari orang tu, kena masuk mahkamah sahkan cerai, masuk mahkamah lagi fight untuk hak penjagaan anak then baru proceed yang “lain2′. Aku rasa helpless. Aku g pejabat penguatkuasa, bagi aduan tapi pegawai cakap kena buat intipan, kalau terjadi khalwat baru boleh disabitkan even aku ada bukti2 kukuh yng mereka berdua dah buat bukan2. Aku dah tanya peguam, pun macam kes ni tak memihak pada aku.
6/12/21 (Selasa)
Aku buat surat tatatertib aduan salahlaku kat tempat kerja lagi2 dua ketul ni penjawat awam, Tapi reply yang aku dapat no action, sebab itu isu peribadi, tak effect tugasan.
So aku serahkan netizen untuk menilai kes ni. Aku harap keadilan akan tertegak, Untuk anak aku dan aku. Even bekas suami wsp ckp sorry dua hari lepas, still dunia akhirat aku tak dapat maafkan mereka, Semoga Allah laknat mereka berdua
Post ni terutamanya untuk bekas suami aku, Muhammad Hanafi, untuk rasa sakit yang kau bagi untuk aku rasa hari2, pengkhianatan yang membuatkan tidur malam aku tidak lagi lena dan anak yang kau tinggalkan untuk seorang perempuan murah.