Gara-gara berebut tanah pusaka, adik-beradik ini nekad bakar rumah, tergamak nak bunuh ibu

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara berebut tanah pusaka, adik-beradik ini nekad bakar rumah, tergamak nak bunuh ibu

KERANA harta, manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh ahli keluarga sendiri!

Begitulah kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di Trung Hoa, wilayah Hung Yen, Vietnam

Gara-gara berebut tanah pusaka, adik-beradik ini nekad bakar rumah, tergamak nak bunuh ibu

Di mana tiga beradik perempuan sanggup membakar rumah yang didiami mereka sekeluarga hanya kerana mahu membunuh si ibu kandung.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Oktober itu, tiga beradik perempuan berkenaan membawa satu tin petrol mengandungi kira-kira empat hingga lima liter untuk dituangkan ke lantai rumah ibu mereka, sebelum menyalakan api.

Akibat tindakan agresif itu, ketiga-tiga suspek turut cedera sementara ibu mereka yang melecur di tangan dan rambut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 61 tahun mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, di mana semuanya sudah berkahwin.

Three daughters brought gasoline to burn their mother’s house: Please divide the land, lose friendship

Mangsa mempunyai beberapa bidang tanah di kampung tersebut tetapi ketiga-tiga anak perempuannya (suspek) dikatakan tidak menerima pembahagian harta masing-masing.

Hal tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati ketiga-tiga anak perempuannya.

Pihak polis telah melakukan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya

BACA:

“Aku pelik tiba-tiba dia ajak hiking dengan syarat kena pakai baju kurung, akhirnya terkantoi sebab dia minta aku pakai baju kurung, rupanya ini yang dia nak buat!”