Gara-gara berbogel di Bali sekali lain yang jadi dengan pelancong Rusia ini.
Seorang wanita Rusia yang mengambil gambar bogel di depan pokok suci diusir dari Bali,
kata seorang pegawai hari ini, dalam kejadian terbaru melibatkan pelancong melampau di pulau peranginan Indonesia itu.
Luiza Kosykh, 40, menaiki penerbangan dari Denpasar ke Moscow, beberapa hari selepas ditangkap pegawai imigresen, kata pegawai agensi perundangan dan hak asasi manusia I Nengah Sukadana kepada AFP.
Kosykh ditahan pada Rabu selepas gambar bogelnya diambil di depan pokok beringin berusia 700 tahun itu tular seterusnya mencetuskan kemarahan penduduk Hindu tempatan yang menganggapnya suci.
Dia mendakwa gambar itu diambil beberapa tahun lalu dan dia tidak tahu pokok itu dianggap suci.
Wanita itu yang mendakwa dirinya pelabur hartanah memasuki Bali pada Januari menggunakan visa sementara yang sah sehingga Disember tahun depan.
Pengusirannya kurang dua minggu selepas seorang lelaki Rusia diusir kerana mengambil gambar separuh bogel di gunung dianggap suci.
Pihak berkuasa pulau peranginan itu kini tidak berlembut terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh.
Jabatan imigresen berkata ia sedang mendesak pihak berkuasa tempatan menyiapkan garis panduan untuk pelancong yang mahu melawat Bali.
“Tidak semua pelancong tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Bali. Jadi kami menggesa penduduk tempatan turut peka untuk mengelak kejadian berulang,” kata agensi perundangan dan hak asasi manusia Anggiat Napitupulu dalam sidang media, semalam.
BACA:
Ingat lagi dengan pelakon Aida Khalida? Terkejut tahu keadaannya sekarang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio