Orang yang baru pulang selepas menunaikan ibadah haji digelar sebagai haji bagi lelaki dan hajah bagi wanita.
Biasanya, gelaran ini diberikan secara automatik kepada mereka yang telah menunaikan haji.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang mahu gelaran tersebut diberikan secara terbuka kerana
ada yang risau gelaran itu boleh menimbulkan sifat sombong atau sebagainya.
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok menjadi viral yang menunjukkan penduduk kampung dengan tekun mengambil berkat dari haji dan hajah kampung mereka.
Menerusi video tersebut, banyak penduduk kampung berkumpul di luar rumah. Haji dan hajah duduk sambil kakinya diletakkan dalam sebuah bekas. Ramai penduduk kampung beratur untuk mengambil berkat dengan minum air cucian kaki mereka.
Tradisi ini telah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya di kampung tersebut.
BACA: “Sanggup belikan cincin untuk kekasih, rupanya penyondol tu isteri kepada sepupu suami”