Gara-gara ada wang tak dituntut sampai RM170 ribu, wanita ini terkejut bank datang beri salam
Kerana terlupa ada simpan duit di akaun bank sejak lima tahun lalu, wanita ini sampai didatangi pihak bank ke pejabatnya,
Beliau memberitahu jumlah wang dalam akaun simpanannya kini telah mencecah Rp 600 juta (kira-kira RM176 ribu).
Berita ini cukup mengejutkan pemilik akaun bank tersebut, seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Cindy Prasetya.
Bukan sekadar lupa pernah membuka akaun bank berkenaan, Cindy juga sudah tak memiliki kad ATM akaun itu.
Disebabkan jarang berlaku transaksi di akaun bank tersebut, beberapa orang wakil dari pihak bank bertindak pergi ke pejabat Cindy untuk mengabarkan kepada wanita itu. Cindy ketika ditemui pihak bank kelihatan bingung, namun dengan santai berkata dia lupa punya wang sebanyak itu.
Momen Cindy didatangi pihak bank ini turut dimuatnaik di akaun TikTok @addinnt dan sempat mendapat perhatian warga net. Video tersebut telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali di TikTok setakat ini.
@addinnt Woy jiwa kemiskinanku menangis 😭😭😭 #fypシ #PUBGMGundalaChallenge ♬ LOCA LOCA – PRODUK_CIKUYA_LEBAK✅
Menurut Cindy melalui video yang diunggah di akaun TikTok miliknya, dia membuka akaun bank tersebut sekitar November 2016 dan menyimpan Rp 430 juta (kira-kira RM126 ribu) dalam akaun berkenaan. Namun setelah beberapa tahun, wang dalam akaun tersebut bertambah sebanyak Rp 170 juta (kira-kira RM50 ribu).
“Kalau aku, tertinggal baki pun cari”
Menjengah ke ruangan komen, warga net turut bingung bagaimana Cindy boleh terlupa ada duit sebanyak itu. Malah Cindy turut kelihatan santai bila mengaku yang dia sebenarnya lupa akan akaun bank tersebut.
BACA:
Berang isteri minta cerai, lelaki ini nekad ambil semua hadiah perabot rumah undang reaksi netizen