Gambar Sumareh dengan makwe tersebar

Oleh INFORAKYAT

Gambar Sumareh dengan makwe tersebar. Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dipercayai sudah pun bertunang dengan gadis pilihan hatinya.

Ia selepas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memuat naik gambar bersama seorang gadis pada akaun Instagram miliknya, dengan keterangan: “Mood semasa: bertunang”.

Perkongsian Sumareh di laman sosial itu turut mendapat reaksi daripada beberapa pemain terutama rakan sepasukannya di JDT yang mengucapkan tahniah.

Gambar Sumareh dengan makwe tersebar

Tidak ketinggalan, pemain yang baru mendapat status kewarganegaraan Malaysia, Lee Tuck turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Sumareh.

Sumareh memegang status pemain naturalisasi pertama negara dengan dia mula menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada 2018.

Pemain sayap berusia 27 tahun itu menyertai PDRM FC pada 2013 hingga 2015 sebelum berhijrah ke pasukan Perlis pada 2016, mewakili Pahang (2017-2020), Police Tero FC (2020-2021) dan menyarung jersi JDT sejak 2021.

BACA:

Jangan campur duit kertas dan syiling dalam satu tabung, lihat kesannya

Penulis buku terkenal dedah lokasi sebenar Jho Low berada