Gaji pekerja catat kenaikan terbesar dalam masa 26 tahun ini. Gaji meningkat pada Disember lalu buat kali pertama sejak Mac 2022 di sebalik kenaikan inflasi,
Apabila bayaran nominal berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 26 tahun dengan bonus musim sejuk yang besar.
Pasaran memantau dengan rapat trend gaji di ekonomi ketiga terbesar dunia itu kerana pertumbuhan .
gaji yang tinggi akan mengimbangi kenaikan harga yang dilihat sebagai syarat penting bagi Bank of Japan menyusun semula dasar monetarinya yang sangat longgar.
Gaji benar yang diselaraskan inflasi, iaitu pengukur bagi kuasa beli isi rumah, meningkat 0.1 peratus pada Disember berbanding setahun lalu, kenaikan pertama dalam sembilan bulan, demikian menurut data Kementerian Sumber Manusia negara itu.
Jumlah perolehan tunai, atau gaji nominal, meningkat 4.8 peratus dalam tempoh setahun pada Disember, kenaikan terbesar sejak 6.6 peratus yang dicatatkan pada Januari 1997.
Ia menyamai pertumbuhan 4.8 peratus indeks harga pengguna (IHP) yang digunakan kementerian untuk mengira bayaran dalam terma sebenar, yang termasuk harga makanan segar tetapi mengecualikan sewa pemilik.
Kadar inflasi di negara itu adalah yang tertinggi sejak 5.1 peratus pada Mei 1981.
Bayaran khas meningkat 7.6 peratus pada Disember, selepas pertumbuhan disemak semula 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Petunjuk itu mencerminkan trend bonus bermusim bagi musim sejuk antara November hingga Januari dan musim sejuk dari Jun hingga Ogos.
“Syarikat kebiasaannya memberikan bayaran bonus terbesar pada Disember, namun (kenaikan) 7.6 peratus ini adalah besar berbanding tahun-tahun sebelumnya,” kata seorang pegawai kementerian.
Bayaran kerja lebih masa, barometer bagi kekuatan aktiviti perniagaan, meningkat 3.0 peratus tahun ke tahun pada Disember, diterajui oleh kenaikan dua angka dalam kalangan pekerja restoran dan sektor perkhidmatan lain.
BACA: