Pekerja dari Bangladesh sering dipandang rendah oleh sesetengah pihak kerana dianggap hanya bekerja sebagai ‘kuli’ di Malaysia.
Namun, realitinya mereka meraih pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada yang disangkakan oleh orang ramai.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi maklumat mengenai jumlah gaji bulanan yang diperoleh oleh beberapa pekerja asing di Malaysia.
Menerusi video tersebut, secara purata gaji minimum mereka berada sekitar RM2,600 hingga mencecah RM3,500.
Pendedahan ini menarik perhatian netizen, dan kebanyakan mereka meluahkan rasa terkejut
dengan angka pendapatan yang diperoleh oleh majoriti pekerja Bangladesh di syarikat tersebut.
Selain terkejut apabila mendapati gaji mereka lebih tinggi berbanding sesetengah rakyat Malaysia,
ada juga yang berpendapat mereka layak menerima gaji sedemikian setelah bekerja keras tanpa mengambil cuti dan melakukan kerja lebih masa untuk mendapatkan upah tambahan.
BACA: ‘Asal dapat duit saja, habis. Bagi RM500 RM1000 RM3000 pun sekejap je habis’