Seorang penjual kereta import menegur tindakan golongan Gen Z yang cuba membeli kereta Honda Civic FL1
Dengan tawaran harga RM100,000, sedangkan harga asalnya adalah RM163,000 seperti yang diiklankan di laman Facebooknya.
Beliau menyatakan bahawa tawaran tersebut tidak masuk akal untuk pembeli yang mempunyai gaji bersih sekitar RM1,700,
kerana kos sebenar untuk bayaran bulanan lebih tinggi daripada pendapatan, tanpa mengira insurans dan cukai jalan.
Penjual yang dikenali sebagai Faris itu juga menasihati golongan Gen Z agar bijak menguruskan wang dan membeli kereta mengikut kemampuan kewangan mereka.
“Kami mengiklankan di mana-mana pun, mereka tetap memberi komen negatif. Selagi tidak mendapat harga yang mereka inginkan, selagi itu mereka mengajak rakan-rakan untuk memberi komen yang tidak masuk akal.
“Kadang-kadang, kami menolak sesuatu kerana ada sebab. Bukan kerana kami sombong, tetapi untuk kebaikan diri sendiri,” jelas Faris di laman Facebooknya.
Faris turut berkongsi paparan perbualan WhatsApp bersama pembeli Gen Z tersebut. Walaupun deposit sebanyak RM6,000 telah disediakan, ia masih belum cukup untuk memiliki kereta import dari Jepun itu.
“Pesanan ikhlas dari saya untuk adik-adik Gen Z, selagi belum mampu mencapai sesuatu, teruskan usaha sebaik mungkin.
“Jangan ajar diri untuk terlalu manja. Uruskan wang anda dengan bijak,” tegasnya.
Beliau juga menunjukkan betapa pentingnya untuk memahami beban kewangan yang akan datang apabila memiliki sebuah kereta mewah, terutama dengan pendapatan yang terhad.
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, pengurusan kewangan yang bijak adalah kunci kepada kestabilan kewangan dan kesejahteraan peribadi.
BAca: Jangan gantung saja-saja, ini hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah