“Gaji aku lagi besar dari suami, anak-anak suami yang urus, satu hari lepas isyak, suami nyatakan hasratnya buat aku terdiam”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalam semua pembaca. Jika luahan ini disiarkan Alhamdulillah. Aku cuma ingin menceritakan kisah kemenangan sebenar aku dalam hidup.

Kisah kemenangan yang aku rasa patut dikongsikan dan diambil sebagai pedoman untuk menghiilangkan ketakutan serta melahirkan keberanian kepada wanita diluar sana.

Seperti kata seorang penceramah suatu ketika dulu, malanglah seorang wanita jika tersalah pilih suami. Benar. Aku juga tidak terlepas dari diuji dengan perkara tersebut.

"Gaji aku lagi besar dari suami, anak-anak suami yang urus, satu hari lepas isyak, suami nyatakan hasratnya buat aku terdiam"

Pendahuluan untuk diri aku. Berusia awal 50-an. Anak aku semua perempuan, sudah remaja. Yang tua sudah bekerja. Yang kecil sekali tahun ni SPM. Aku punya kerjaya sendiri.

Bergaji Alhamdulillah cukup untuk menyara kami sekeluarga.Kisahnya bermula 6 tahun lepas. Disaat aku pulang kerja, aku lihat anak anak pun baru pulang sekolah.

Aku ingat lagi waktu itu, aku keletihan, dengan tugasan di tempat kerja, suami aku sedang duduk dengan handphone. Sebelum pulang tadi aku dapat whatsapp dari suami meminta aku pulang awal untuk berbincang sesuatu.

Dalam kiraan aku, dia ingin membincangkan hal anak- anak atau pun mahu meminjam duit untuk membeli kereta baru. Aku hanya reply OK san bergegas pulang.

Jarang suami minta aku balik awal. Aku tersenyum. Selepas masak dan makan malam, aku naik ke bilik untuk solat. Selepas solat suami masuk, aku masih di atas sejadah.

Aku ingat suami duduk dan mengatakan “this few years u selalu balik lambat” aku senyum saja, tanggapan aku suami ingin berterima kasih pada aku. “I have a lot of time alone, and this is what I want to discuss” katanya. Aku ubah posisi duduk aku.

Aku mula rasa tidak selesa dengan topik perbualan ini. Aku selalu balik lewat dalam membina kerjaya. Anak-anak diuruskan suami. Aku balik hampir 9 malam setiap hari, dan keluar seawal 8 pagi.

Kadangkala bekerja di hari sabtu. Kalau terlampau banyak kerja aku akan buat dirumah. Dalam aku timbang tara dan meningati semua itu, aku terdengar sayup-sayup suara suami yang membuatkan air mata aku menitis.

“I nak kahwin lain” ringkas ayatnya tapi cukup meny4kitkan. Saat itu aku tengok saja muka suami. Suami pegang tangan aku, “can u let me?” katanya. Aku tunduk, tidak menangis tersedu-sedu.

Aku terlalu penat untuk itu. Aku letih. Aku lepas tangan suami, bangun melipat telekung dan sejadah, untuk pertama kali dalam hidup ini lepas solat isyak aku terus tarik selimut dan tidur.

“you fikir dulu. I tak paksa, nanti beri keputusannya” katanya dan menutup lampu lalu keluar dari bilik. Paginya aku bangun awal.

Aku dapat tidur dengan lama dan lena. Suami belum bangun lagi. Aku buat kerja seperti biasa. Kejut anak bangun ke sekolah, buat sarapan pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Sebelum aku ke tempat kerja aku kejut suami dan beritahu aku nak je tempat kerja. Dia juga perlu bangun untuk ke tempat kerja. Sampai di office aku menangis. Menangis, menangis dan menangis. Rasa sedih amat.

Hari tersebut akhirnya aku buat keputusan balik awal. Sampai dirumah aku duduk diruang tamu. Aku lihat sendiri, semua perhiasan rumah ini aku yang beli. Barangan dapur juga aku yang beli.

Sofa ini, hatta katil untuk kami tidur juga aku yang beli.Aku bayar kereta aku, rumah ini dibeli bersama dengan suami tetapi dibayar sepenuhnya oleh aku. Aku masuk ke bilik anak-anak.

Anak-anak mungkin kurang kasih sayang dari aku, tapi semua kelengkapan anak aku juga dibeli oleh aku. Aku tidak pernah lupa hari jadi anak-anak, suami malah mertua sekalipun.

Aku Cuma sibuk mencari rezeki untuk kesenangan bersama. Apakah salah aku?Suami aku bukanlah orang yang jahat. Dia penyayang dengan anak-anak. Dia banyak diam dan sentiasa sokong kerjaya aku.

Aku tak perasan aku terlampau mengabaikannya. Gaji aku dan dia terlampau jauh berbeza. Dia bekerja sebagai pemandu di jabatan kerajaan.Kami bercinta dari zaman belajar. Cuma pada aku rezeki aku dalam kerja lebih luas.

Aku terima dia seadanya. Tidak pernah aku ungkit kelebihan aku dapat menyumbang lebih untuk keluarga. Hingga selepas malam suami kata ingin berkahwin lain baru aku tersedar.

Terasa sia-sia usaha aku membahagiakan keluarga. Kerja aku penat. Tersangat penat.Bukan mudah untuk aku dapatkan gaji setiap bulan. Aku rela hidup susah kalau suami aku boleh setia.

Aku sanggup berhenti kerja kalau suami mahu aku layan dia 100%. Apa suami tidak nampak kesusahan aku untuk semua yang dia ada hari ini? Kereta dia pun aku yang bayarkan. Malam itu suami seperti ternanti nanti reaksi aku.

Tiada air mata semasa kami berbincang.Aku dengan tersenyum kata, “I give u my permission. Kahwin la. Yang penting anak-anak setuju.” Suami tersenyum.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aku lihat dia tersenyum bahagia sekali dan menc1um tangan aku berkali kali dan berjanji akan memberitahu anak-anak. Aku diam. Senyum tidak menangis pun tidak.

Aku tidak yakin anak-anak akan menyebelahi aku.Aku sedih tapi hati ini tak tahu ada di mana. Suami panggil ketiga tiga anak kami. Mereka duduk. Semua tersenyum senyum. Selalunya bila dipanggil begitu berbincang untuk percutian kemana mana.

Kali ini tidak. Aku hanya diam memikirkan nasib aku. “abah want to say something.” Aku kata.Aku matikan tv. Supaya anak-anak focus. “do you guys remember aunty Ina?” oh Ina namanya. Dalam aku memikirkan nasib, aku tidak tanya langsung siapa yang bakal merampas kebahagiaan aku.

Anak anak bermuka pelik dan mengangguk. “what do you think kalau dia masuk dalam family kita?” kata suami lagi.Anak aku yang sulong pandang muka aku. “what do you mean?” katanya. “abah nak kahwin dengan aunty Ina.

Untuk bantu dia.” Aku hampir tergelak. Bukankah dia patut bantu aku? Apa dia fikir aku tidak letih dengan tugasan harian aku? Aku hanya diam. “Mama setuju?” tanya anak aku lagi. Belum sempat aku buka mulut suami dah jawab “yes, mama dah setuju..” anak aku bangun dengan muka marah dan mngalkan kami. Anak kedua aku yang diam dari tadi mula memeluk aku dan yang kecil menangis.

Aku diam dan melihat suami.Esoknya aku mulakan hari seperti biasa. Anak aku minta untuk aku hantar mereka kesekolah. Masa itulah baru aku terbuka hati untuk membuat keputusan terbesar dalam hidup aku. Anak aku.

Dia merayu untuk tinggal dengan aku. Berkali-kali aku terangkan kami tidak berpisah.Anak aku tetap dengan kata ingin tinggal dengan aku. Anak aku yang sulong juga berkata “mama, be strong, whatever happen along tetap dengan mama.

Along tak setuju dengan abah. Mama pun patutnya tak setuju” marahnya. Hari itu juga aku mohon emergency leave dan aku beritahu suami aku ingin bercrai. Suami terkejut. Suami aku ada merayu untuk aku fikir semula. Aku kata keputusan aku muktamad.

Aku mahukan pencraian. Demi anak-anak aku. Anak aku semua perempuan. Aku tak mahu anak-anak jadi orang yang lemah dengan mencontohi aku.Aku juga tak mahu lagi membela suami. Penat lelah aku tidak dihargai, malah dihina dengan mahu berkahwin lain.

Pertama kali depan muka suami aku m4rah, menangis dan mem4ki hamvn. Hiilang rasa hormat. Aku anggap dia macam orang luar. Terluah segala bebanan sepanjang hampir 20 tahun berkahwin.

Selang seminggu, suami memujuk aku untuk membatalkan pencraian, dia berjanji untuk memutuskan hubungannya dengan perempuan yang tidak pernah aku kenali itu. Dia memujuk merayu dan memohon aku membatalkan segalanya. Aku kata aku sudah tiada hati.

Anak-anak juga dah mula tak bertegur dengan suami. Aku tetap dengan keputusan untuk berc3rai.Alhamdulillah setelah semuanya selamat. Aku sujud syukur. Aku bersyukur dan aku memohon agar Allah bantu aku untuk terus hidup.

Bekas suami minta untuk aku keluar dari rumahnya. Katanya itu rumah dia. Aku keluar, aku mampu untuk hidup sendiri.Alhamdulillah, abang aku membantu memberikan tempat perlindungan yang sebelum ini dia sewakan. Kami duduk berempat.

Anak aku lebih gembira. Aku mula step down dari jawatan-jawatan besar ditempat kerja. aku focus dengan anak- anak.Alhamdulillah. Hari ini aku masih bersyukur dengan keputusan yang aku buat 6 tahun lepas. Aku lebih rasa kasih sayang anak-anak.

Walaupun tanpa suami. Rumah kami dulu telah terjual. Aku juga telah membeli rumah lain untuk aku dan anak-anak tinggal. Selepas k3s penc3raian itu aku rasa lebih tenang. Hati aku reda.

Yang penting bagi aku anak-anak aku.Aku tidak kisah jika suami tidak memberikan nafkah untuk anak-anak. Anak yang kecil pernah mengatakan, “yaya tak suka abah” Aku hanya senyum. Aku tak pernah hasut anak-anak aku untuk membenci bapa mereka.

Tapi dari apa yang mereka nampak, mereka sendiri yang memberi reaksi begitu. Hubungan aku dengan keluarga mertua juga masih baik. Masih juga ibu bapa mertua bertanya kabar dan berharap aku kembali kepada anaknya.

Jawapan aku masih sama “tak apalah, aku selesa begini”Perempuan ni, sabarnya tinggi. Kami mampu bekerja untuk membahagiakan orang yang kami sayang. Kami tak minta banyak, hanya kata terima kasih untuk apa yang telah kami korbankan.

Terima kasih untuk apa yang kami sumbangkan dan maaf untuk hak kami yang dinafikan. Hati kami lembut. Kami mampu hidup derita dengan orang yang kami syng.

Tapi bila pengorbanan kami sia-sia, kami rasa tidak dihargai, maka anak anak la penguat kami. Berapa ramai wanita hari ni bernasib seperti aku tapi masih juga berjuang? Masih memperjuangkan dan masih cuba mempertahankan rumah tangga?

Berapa ramai yang menangis senyap-senyap dan masih terseyum depan anak-anak saat hati ini skit kerana perbuatan suami? Berapa ramai yang katanya masih bertahan demi anak-anak? Kita semua sama.

Rezeki aku dikurniakan anak yang sangat memberi semangat hingga aku rasa tidak perlu lagi aku berdiri berpaut pada suami. Jangan kata kerana kerjaya aku, aku boleh membuat keputusan begitu. Percayalah aku rasa hiilang segala-galanya saat suami berpaling dari aku.

Aku rasa jatuh, aku rasa pedihnya hidup begini. Tapi anak-anak penguat aku.Yakinlah, jika kita ikhlas selama ini, jika kita betul-betul lakukan kerana Allah, tapi masih bukan rezeki kita, yakinlah untuk memilih haluan lain dan tetapkan la segala keputusan kerana Allah.

Allah juga yang akan membantu dalam segala urusan.Alhamdulillah untuk apa yang kita ada hari ini. Aku doakan wanita-wanita yang menrima nasib yang sama seperti aku 6 tahun lepas terus kuat dalam apa jua keputusan yang dilakukan.

BACA: Tindakan anggota Polis perlekeh wanita buat report pemandu mabuk undang kecaman netizen