Gadis terpaksa berhenti belajar, zaman muda habis jaga orang tua sakit

Oleh DAHLIA MARZUKI

Namun, bagi seorang wanita berusia 24 tahun ini, kehidupannya yang sepatutnya penuh peluang bertukar menjadi pengorbanan besar apabila dia terpaksa menjaga ibu bapa yang sakit.

Dalam satu perkongsian penuh emosi di media sosial, wanita itu meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan situasi hidup yang sedang dilaluinya.

Kehilangan ibunya dua minggu lalu menjadikan dia dan adiknya, yang berusia 18 tahun,

kini tinggal bersama ayah mereka yang menghidap penyakit Alzheimer.

“Ayah berumur 78 tahun. Saya tak sambung belajar sebab jaga arwah mak dan ayah yang sakit.

Gadis terpaksa berhenti belajar, zaman muda habis jaga orang tua sakit

Sekarang, saya tak dapat nak bekerja sebab keadaan ayah seperti ini.

“Adik pun dah cakap nak berhenti belajar sebab nak tolong jaga ayah. Saya sedih fikir masa depan kami berdua,” luahnya sayu.

Keadaan itu membuatkan wanita ini semakin buntu dan tertekan memikirkan masa depan mereka.

Dalam luahannya, dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan marah terhadap ibu bapanya. Dia mempersoalkan keputusan ibu bapanya yang hanya bersedia memiliki anak selepas 20 tahun berkahwin.

“Apa je yang tinggal untuk kami nanti kalau ayah dah tak ada? Kami belajar tak tinggi, mak ayah pun tak tinggalkan harta.

“Valid ke kalau saya rasa marah dekat mak ayah sekarang? Kenapa mereka nak ada anak selepas 20 tahun kahwin? Tengoklah nasib saya dan adik sekarang.

“Saya rasa seperti ibu bapa sendiri pentingkan diri… akhirnya kami juga yang terpaksa menanggung akibatnya,” tulisnya dengan penuh kecewa.

Kisah ini meraih simpati ramai, dengan rata-rata netizen memahami kesukaran yang ditanggung oleh wanita tersebut dan adiknya.

Di samping itu, ramai juga yang memberikan nasihat serta cadangan kepada wanita ini untuk mengubah keadaan.

“Patut ke rasa marah dekat ibu bapa awak macam ni? Saya faham, tapi apa awak boleh buat sekarang?”

“Cuba cari kerja yang boleh buat dari rumah, macam freelancing. Sekurang-kurangnya, awak boleh tengokkan ayah sambil bekerja.

“Untuk adik awak, tolong jangan berhenti belajar. Masa depan dia masih panjang,” komen salah seorang netizen di platform X.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa menjaga ibu bapa yang sakit bukanlah tugas mudah, terutama bagi mereka yang masih muda dan belum sempat membina kehidupan sendiri.

BACA: Dari 3 lorong jadi 1 lorong, tindakan orang ramai rai ‘jalan kaki ke Mekah’ undang kritikan netizen