Gadis pulang dari melanjutkan pelajaran terkejut, bekas kekasih jadi ayah tiri, rupanya dah lama mak simpan hasrat kahwin lagi

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Gadis pulang dari melanjutkan pelajaran terkejut, bekas kekasih jadi ayah tiri, rupanya dah lama mak simpan hasrat kahwin lagi

SEORANG wanita yang pulang ke tanah air selepas menamatkan pelajaran di luar negara

Dia terkejut apabila mendapat tahu bekas teman lelakinya bakal menjadi bapa tirinya!

Gadis pulang dari melanjutkan pelajaran terkejut, bekas kekasih jadi ayah tiri, rupanya dah lama mak simpan hasrat kahwin lagi

Memetik laporan media di China, hubungan wanita itu dengan kekasihnya terputus sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Selepas tiga tahun mengejar cita-cita, dia pulang ke tanah air namun kepulangannya disambut dengan berita yang tidak dijangka.

Apabila tiba di rumah, ibu wanita berkenaan teruja mahu memperkenalkannya dengan seorang lelaki tanpa mengetahui ‘sejarah’ hubungan mereka sebelum ini.

Si ibu mengakui dia dan lelaki itu sudah menjalin hubungan cinta selama lima bulan.

Belum pun reda rasa terkejut melihat bekas kekasih di depan mata, wanita tersebut sekali lagi terpana apabila lelaki berkenaan melamar ibunya.

“Bagaimana saya boleh diam dan membiarkan ibu berkahwin dengan bekas kekasih saya? Saya bakal menjadi anak tiri kepada bekas teman lelaki sendiri,” katanya.

Kisah wanita tersebut yang tular selepas disiarkan media tempatan, nyata mengundang perhatian warga maya.

Ada antara mereka yang menyifatkan kisah wanita tersebut seperti sebuah drama televisyen.

BACA: Jangan senang-senang sebut perkataan ‘bom’ dalam pesawat, bahaya rupanya! Ini ceritanya