Gadis menangis selepas 2 jam tunggu orang ‘double park’ keretanya datang, ending semua tak sangka..

Gadis menangis selepas 2 jam tunggu orang double park keretanya datang ending semua tak sangka

Gadis menangis selepas 2 jam tunggu orang ‘double park’ keretanya datang, ending semua tak sangka. Sekiranya kita hendak ‘double park‘ berdekatan kereta orang lain, orang ramai disarankan untuk tinggalkan sekeping kertas bertulis nombor telefon supaya mudah dihubungi. Jadi andai kata pemilik kereta lain mahu keluar, tiada pembaziran masa menunggu akan berlaku. Bagi seorang gadis ini, dia juga sempat berkongsikan kisah lucu mengalami kejadian sama.

Dah 1 jam 50 minit aku tunggu? Mana tuan kereta ni? Dia taknak balik ke? Aku nak keluar ada palang

@yarafaee18/10/2022 ; Tuesday @ 6:57PM

♬ original sound – tun.

Sudah menanti dengan sabar hampir 2 jam setelah keretanya tidak boleh keluar, dia akhirnya breakdown dan menangis sendirian di seat hadapan. Oleh kerana tuan kepada kereta Kelisa biru berkenaan tidak meletakkan nombor untuk dihubungi, Cik Laila yang merupakan chambering student (peguam pelatih) tiada pilihan lain selain terpaksa menunggu lama. Kalau mahu ditolak atau dialihkan sekalipun, kenderaan tersebut dikatakan berada dalam keadaan handbreak ditarik.

Kawan saya semua dah balik tahu tak? Jangan nangis, kalau you nangis nanti you stress

Gadis menangis selepas 2 jam tunggu orang 'double park' keretanya datang, ending semua tak sangka..

Akhirnya selepas menunggu sehingga maghrib, pemilik Kelisa biru (seorang peguam) muncul dan berkali-kali memohon maaf kepada Cik Laila selain cuba menenangkan keadaan. Rupa-rupanya dia sudah tinggalkan nombor telefon di atas dashboard, namun lupa untuk diterbalikkan. Tiada pertelingkahan serius terjadi, sebaliknya kedua-duanya berdamai dengan penyerahan nombor telefon bagi urusan kerja di masa hadapan.

Dah penat kerja, kena tunggu pulak…Part last tu pandai dia ambil hati you balik

Melalui ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan begitu faham dengan perasaan Laila ketika itu. Sudahlah kepenatan hendak balik kerja, tiba-tiba terjadi pula insiden yang mungkin nampak remeh namun cukup memberikan tekanan.

@yarafaee Replying to @ヤスミン ♬ original sound – tun.

Gadis Menangis 2 Jam Kereta Kena Double Park, Pengakhiran Kisahnya Comel Pula

BACA:

Jadi tali barut Israel, rakyat Malaysia dibayar RM120K

Kerja cincai Jurugambar buat pengantin gigit jari, ‘dah macam katalog perabot’

‘Pembunuh sempat lepak luar cafe lepas tinggal beg mayat budak 12 tahun’

CATEGORIES