Gadis luah rasa kecewa besarkan payudara, ‘filter dah keluar air, habis pecah’. Beranak pun tak sakit macam ni!
Demikian kata seorang wanita dikenali sebagai Husna yang menanggung derita selepas suntikan filler pada bahagian payudaranya pecah dan bocor, baru-baru ini.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia mendapatkan rawatan daripada dua pakar kecantikan kerana tidak berpuas hati dengan saiz payudara sendiri, namun sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi detik paling ngeri dalam hidupnya.
“Payudara saya bersaiz kecil, lepas bersalin jadi makin jatuh dan kosong, tengok dari tepi tak ada isi. Dah lama nak buat filler, saya selalu tengok kat Instagram. Bila tanya, harganya RM2,800 untuk satu liter, saya rasa saya mampu.
“Jadi, saya buat suntikan pertama pada April lalu dengan seorang beautician. Pada Jun, saya top up filler dengan beautician lain. Pada Ogos, saya dapatkan khidmat beautician yang sama untuk top up filler lagi sekali.
“Sehari selepas suntikan ketiga, saya bangun pagi rasa sakit yang teruk pada payudara kiri. Lagi sakit dari bengkak susu. Hari kelima saya makin sakit, nak jalan kena ampu payudara, nak pakai bra pun sakit.
“Hari keenam, ketika saya masuk ke tandas di rumah, saya buka plaster pada payudara, ia terus pecah dan bocor dengan sendiri. Keluar balik semua gel dan air kuning yang ada darah. Keluar banyak dan tak berhenti, dalam sejam saya duduk dalam tandas nak bagi ia keluar betul-betul,” imbasnya.
@cunanunaa ♬ original sound – ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ🇮🇷
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia ada berjumpa dengan pakar kecantikan berkenaan, namun mengubah fikiran untuk ke klinik gara-gara tidak yakin dengan kaedah rawatan yang dibuat ke atasnya.
Jelas Husna yang menetap di ibu negara, dia turut dirawat di sebuah hospital swasta dan kini sedikit lega apabila keadaan kesihatannya beransur pulih.
“Selepas kejadian itu, saya pergi jumpa beautician yang buat filler, dia kata ‘akak boleh buat’. Dia cucuk saya dengan jarum dekat luka yang berlubang tanpa bius, dia kata nak tarik air bisa. Saya menangis dengan cara dia handle, kemudian saya dapatkan rawatan di klinik sebelum pergi ke hospital swasta.
“Kiranya payudara kiri je yang pecah dan kena jangkitan. Yang belah kanan masih okay. Seminggu saya masuk hospital untuk habiskan antibiotik dan cuci luka. Nasib baik tak kena bedah. Tapi sejujurnya ia beri kesan buruk kepada mental saya.
“Filler pada payudara kanan tidak boleh dibuang kerana ia sudah masuk badan dan meresap dalam tisu. Jadi sekarang tak seimbang saiz kedua-dua belah payudara. Cuma saya lega sebab dah tak sakit macam sebelum ni,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai pusat kecantikan yang dikunjunginya, Husna berkata dia membuat rawatan di dua kediaman iaitu di Shah Alam dan Bukit Jalil.
“Masa kali pertama, saya buat dekat sebuah kondominium di Shah Alam. Saya tak ragu sangat sebab rumah tu disusun rapi dengan tempat untuk baring, ada peralatan semua.
Saya buka plaster pada payudara, ia terus pecah dan bocor dengan sendiri. Keluar balik semua gel dan air kuning yang ada darah.
HUSNA
“Yang kali kedua, saya buat di rumah. Dia dakwa ada spa, tapi kalau nak dekat, saya boleh datang ke sebuah rumah di Bukit Jalil.
“Selepas kejadian ini, saya dapat semula refund rawatan terakhir. Tapi dia dah tak nak terlibat selepas refund. Tapi kalau ada apa-apa, dia kata masih boleh refer dia.
“Cuma bila jadi macam ni, saya rasa menyesal habiskan dekat RM10,000. Saya dapat refund yang last saja,” ujar perunding kewangan di sebuah bank itu.
Dalam pada itu, video perkongsian Husna mengenai penyesalannya mendapatkan suntikan filler payudara turut meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok.
Kata Husna, dia menepis perasaan malu demi membuka mata masyarakat agar tidak terjebak sehingga memberi kesan kesihatan seperti yang dilaluinya kini.
“Masa saya nak keluar hospital, doktor tanya saya, macam mana nak bagi orang sedar mengenai isu ini? Doktor juga pujuk supaya saya jangan buat lagi. Saya cakap kat doktor, saya nak buat content mengenai isu ini.
“Bukan sebab tak malu, tapi saya nak orang tahu yang filler ni tak elok. Video ni saya buat untuk beri kesedaran. Saya terkejut tiada yang kecam, boleh kata 99 peratus beri sokongan dan doakan kesembuhan saya.
“Rupa-rupanya ramai wanita yang kena benda sama mesej saya, ada juga yang dah tak jadi nak buat filler selepas tengok video saya. Biarlah ini jadi pengajaran,” ujarnya lagi.
BACA:
Tindakan Ahmad Dhani selamba pegang belakang Fazura jadi bualan
Hanya kerana satu ciapan di Twitter, wanita dipenjara 34 tahun
Malaysia ‘dibogelkan’ dalam filem tamil, “mana nak letak muka kita ni”