Gadis England teruja nak pasang paip air di rumah selepas sebulan guna di Qatar. Perlawanan temasya sukan bola sepak terbesar dunia, Piala Dunia FIFA, yang sedang berlangsung di Qatar ketika ini sudah semestinya melibatkan ramai peminat untuk menetap di sana demi memberikan sokongan kepada pasukan negara masing-masing.
Peminat England teruja guna tandas di Qatar sebab…
Di Twitter, seorang peminat bola sepak yang menetap di Qatar selama sebulan meluahkan rasa terujanya mengenai salah satu kemudahan yang disediakan di sana.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai David Vujanic memaut naik ciapan di Twitter menyatakan penggunaan paip air di tandas Qatar merupakan satu perkara terbaik yang pernah digunakan.
Dah guna paip air di Qatar selama sebulan. Saya rasa ngeri bila kami hanya guna tisu tandas di United Kingdom/Eropah. Ini (paip air) perkara paling baik sekali.
Akan pasang sendiri di London
Bukan itu saja, David juga merancang untuk memasang paip air di tandas rumahnya seperti di Qatar kerana ‘mesra pengguna’ dan mudah untuk dipakai.
Katanya lagi, dia juga pernah menggunakan bidet di Perancis tetapi terlalu besar selain tekanan air yang terlampau tinggi.
Dalam pada itu, David meluahkan rasa trauma untuk membuang air di United Kingdom kerana tiada kemudahan tersebut di mana-mana tandas di sana.