Gadis dedah sikit lagi nak kena rogol lepas jogging di taman Temerloh

Gadis dedah sikit lagi nak kena rogol lepas jogging di taman Temerloh

Gadis dedah sikit lagi nak kena rogol lepas jogging di taman Temerloh. Seorang wanita hampir dirogol ketika beriadah di laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh dalam satu kejadian pada Jumaat lalu.

Didatangi lelaki pakai pelitup muka

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa baru selesai membuat senaman di taman rekreasi tersebut.

Mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadapnya. Mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan wanita tersebut kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.

Semasa siasatan, mangsa yang berusia 27 tahun telah memberikan lakaran wajah suspek yang dipercayai berumur sekitar 30-an dan memiliki ketinggian kira-kira 170 sentimeter serta berkulit gelap.

Gadis dedah sikit lagi nak kena rogol lepas jogging di taman Temerloh

Susulan daripada itu, lakaran gambar telah dihebahkan kepada umum bagi membantu siasatan. Pihak berkuasa juga sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan perbuatan rogol.

BACA:

Neelofa tanya siapa Afifah kepada PU Riz, siap bagi jelingan maut

Kisah hidup Kazar sebelum jadi pelakon meruntun jiwa netizen, “gaji RM100 sebulan..”

Dah jadi menteri, Rafizi buka mulut sebab tak pakai rider

CATEGORIES