Gadis baru berumur 16 tahun tetapi miliki wajah berusia 50 tahun, ini puncanya…

Oleh AHMAD SULAIMAN

Gadis baru berumur 16 tahun tetapi miliki wajah berusia 50 tahun, ini puncanya…

Umurnya baru 16 tahun tapi raut wajahnya kelihatan seperti wanita berusia 50 tahun.

Itulah keadaan aneeh yang dialami oleh gadis berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Raizel Calago dari Filipina ini.

Gadis baru berumur 16 tahun tetapi miliki wajah berusia 50 tahun, ini puncanya…

Difahamkan keadaan yang dialaminya oleh gadis ini adalah disebabkan gangguan genetik yang jarang-jarang berlaku dan dalam masa dua tahun sahaja wajahnya berubah menjadi seperti wanita pertengahan tahun.

Menurut portal GMA dalam episod Kapuso Mo, Jessica Soho, Raizel Calago mengatakan dia mula menyertai pertandingan kecantikan ketika dia berusia 14 tahun kerana penampilannya yang matang.

Namun kemudiannya selepas beberapa hari mengalami ruam di tubuh, kedutan mula timbul di bahagian wajah, leher, lengan, dan perutnya.

Gadis baru berumur 16 tahun tetapi milik wajah berusia 50 tahun, ini puncanya…

“Ini seperti kulit tembikai paahit, kerana ia benar-benar berkedut.
“Saya mengalami tompok yang bermula dengan merah-merah dan gatal-gatal. Saakit apabila disentuh,” ujar Raizel.

Raizel pernah menjalani pemeriksaan doktor dan diberitahu penyaakitnya itu diperolehi daripada serangga. Meskipun ada diberi ubat tetapi ianya tidak berkesan dan Raizel sering dikomen orang seperti berusia 50 tahun walapun dia sebenarnya baru berusia belasan tahun.

Ibunya Joela yang berusia 36 tahun turut bersedih dan terasa sakit hati apabila orang sering memberitahu anak perempuannya kelihatan lebih tua daripadanya.

Selain perubahan fizikal, Raizel juga menderita saakit belakang dan setiap kali keluar rumah, Raizel akan keluar dengan tubuhnya ditutup dengan pelitup muka, seluar dan jaket.

Apabila orang tanya mengapa penampilannya semakin tua, Raizel tidak menjawab kerana dia sendiri juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya. Raizel kini menjadi malu untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

Raizel berharap penampilannya boleh kembali normal dan pulih seperti dahulu dan dia tidak menyalahkan ibu bapanya atas keadaan yang dialaminya.

Pasukan Kapuso Mo, Jessica Soho membawa Raizel kepada ahli endokrinologi klinikal Dr James Young yang menerusi diagnosis awal menyatakan keadaan itu adalah progeria.

Menurut Dr James, progeria juga boleh menyebabkan penyaakit lain dan ujian makmal masih diperlukan.

“Satu masalah yang kita jangka adalah serangan atau kegagalan jantung, juga peningkatan risiko strok,” katanya sambil menambahkan ini biasa dialami pesakit pada usia 14 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, meskipun Raizel tiada masalah kardiovaskular setakat ini, Dr James mengatakan penting untuk memeriksa bahagian lain tubuh gadis itu.

“Kami ingin tahu apakah ada perubahan kepadatan tulangnya kerana osteoporosis sangat biasa dalam kalangan pesaakit progeria.

“Penyaakit sendi degeneratif sering terjadi akibat penuaan,” katanya

BACA: Dah lama pakai deodoran tapi tiba-tiba ketiak gatal sangat macam kena kurap? Pakar dedah sebabnya