Gabungan yang pelik! Peniaga jual burger ayam sos aiskrim dikutuk netizen

Oleh INFORAKYAT

Orang ramai tidak tahu bagaimana mahu memberikan respons dan merasakan perasaan mereka

selepas melihat satu kedai burger yang membuat ‘inovasi’ terhadap menu tersebut.

Menerusi Instagram, KL Foodie telah mempromosikan kedai yang terletak di Puchong itu, di mana mereka menjual burger aiskrim.

Berdasarkan rakaman, burger yang dipesan oleh pelanggan telah ditambah

dengan dua scoop aiskrim pelbagai perisa iaitu strawberi, vanila, dan coklat.

Gabungan yang pelik! Peniaga jual burger ayam sos aiskrim dikutuk netizen

Hantaran itu mendapat perhatian ramai pengguna Instagram, dan rata-ratanya memberikan komen negatif kerana peniaga itu mencampurkan burger dengan aiskrim.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa semakin ramai peniaga di Malaysia yang cuba membuat gabungan makanan yang pelik.

“Negara kita ni memang suka buat gabungan makanan yang pelik. Tak menarik langsung, tapi ramai yang nak cuba,” komen salah seorang pengguna.

Dalam pada itu, ramai yang berpendapat gabungan makanan yang semakin merapu di negara ini juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit dan peningkatan jumlah penyakit tertentu seperti diabetes, obesiti, dan sebagainya.

BACA: Ahli kumpulan Hijjaz dedah balu Suhaimi Saad bakal berkahwin 8 november