‘Frontliners’ perlukan jaminan keselamatan dan kesihatan fizikal serta mental ditempat kerja

‘Frontliners’ perlukan jaminan keselamatan dan kesihatan fizikal serta mental ditempat kerja

Memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat bukan sekadar fizikal, ia juga termasuk suasana yang selamat dan sihat dari segi mental.

Jika pekerja ada masalah kesihatan fizikal atau mental, menjadi kewajipan majikan untuk kenalpasti tahap beban kerja yang boleh ditanggung oleh pekerja tersebut.

Kegagalan mengenal pasti keadaan kesihatan pekerja samada fizikal atau mental akan mengakibatkan keadaan tidak diingini berlaku. Malah, ia akan memberi risiko bahaya kepada orang dan aset disekelilingnya.

Kita dapat membaca di media sosial dan cetak banyak rungutan dan keluhan “frontliners” berkenaan tekanan kerja yang mereka alami. Perkara ini perlu ditangani segera oleh kerajaan sebagai majikan terhadap kakitangan awam yang memerlukan jaminan keselamatan dan kesihatan fizikal serta mental untuk mereka terus berjuang menjalankan tanggungjawab.

Ridhuan Esa
21 Januari 2021
Ketua Pemuda AMANAH Tenggara

COMMENTS