Frontliners hampa elaun yang diumum kerajaan tidak menyeluruh

Frontliners hampa elaun yang diumum kerajaan tidak menyeluruh

Hari ini ini tular satu posting sama ada dari frontliners atau sekadar luahan dari saudara Nazmi Zamani yang diposting pada 15 Mac 2020 “Indah khabar dari rupa”.

Memetik posting yang dibuat oleh Nazmi Zamani:-

ELAUN COVID 19 bagi FRONTLINER

Indah Khabar :

RM400 sebulan.
Dinaikkan kepada RM600 sebulan.
Sehingga wabak COVID19 tamat.
Untuk semua FRONTLINER terlibat.

Dari Rupa :

Claim hanya untuk yang kerja di bahagian COVID DECON sahaja.
Staf kesihatan yang lain tidak layak walaupun status pesakit yang dirawat masih belum diketahui.
Bila kerja semua cakap pasal “teamwork” kene saling bantu membantu, tapi bila pasal claim nak bagi orang tertentu sahaja .
Nak claim kena hantar pelbagai borang & maklumat. tak cukup dengan jadual kerja, nak pulak justifikasi kerja. tak ckup dengan justifikasi nak pulak list siapa bekerja dekat kawasan tersebut (walaupun dah bagi jadual kerja).
Yang duduk di dalam “bilik” jauh dari pesakit layak mendapat claim, tetapi yang bekerja di lapangan bersama pesakit “UNKNOWN STATUS COVID 19” tidak layak mendapat claim..

aku sendiri tak faham kenapa benda mcm ni boleh berlaku.. korang rasa??

Sumber :