France ditimpa malang, ramai pemain utama tak sihat menjelang final piala dunia

France ditimpa malang, ramai pemain utama tak sihat menjelang final piala dunia

France ditimpa malang, ramai pemain utama tak sihat menjelang final piala dunia. Beberapa pemain Perancis demam kata Persekutuan Bolasepak Perancis ketika pasukan berkenaan bersedia menghadapi final Piala Dunia menentang Argentina dengan Raphael Varane dan Ibrahima Konate menjadi pemain terbaharu mengalaminya hari ini.

Pertahanan tengah, Dayot Upamecano dan pemain tengah, Adrien Rabiot terlepas aksi separuh akhir Rabu lalu ketika menang 2-0 mengatasi Maghribi kerana sakit namun jurulatih, Didier Deschamps enggan panik.

“Kami tidak bimbang dengan sakit, sejak beberapa hari lalu suhu di Qatar jatuh sedikit, kami memasang penghawa dingin dan kami mengalami simptom seperti selesema dan kami berhati-hati supaya ia tidak berjangkit,” katanya.

“Pemain beraksi baik di padang dan menderita selepas perlawanan, badan semakin lemah dan anda lebih terdedah kepada jangkitan virus. Kami mengambil langkah berjaga-jaga.”

Penyerang, Randal Kolo Muani, yang masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kedua Perancis ketika menentang Maghribi, berkata hari ini: “Ada sedikit selesema yang tersebar tetapi tiada apa yang serius. Mereka akan sembuh tidak lama lagi dan bersedia untuk Ahad.”

France ditimpa malang, ramai pemain utama tak sihat menjelang final piala dunia

Seorang pegawai akhbar Perancis menambah: “Seperti yang anda tahu, Randal bukanlah doktor, kita akan memberitahu perkara selanjutnya selepas ini.”

Deschamps yakin Upamecano dan Rabiot akan cergas bagi pertembungan Ahad ini di Stadium Lusail.

“Dayot akan cergas. Sejak Sabtu dia tidak begitu sihat selama tiga hari … mengalami demam dan itu memberi kesan terhadap kekuatannya,” katanya.

BACA:

Rakyat Malaysia wajib tahu kesan perjanjian Kerajaan Perpaduan kepada negara

“Besarnya lubang kau Norreen” – netizen kecam pakai baju nampak pusat

Semua terkejut transgender ini menang Miss America, ‘juri dah gila ke apa?’

CATEGORIES