‘Food Rider’ mogok hari ini satu Malaysia, jangan pesan makanan

Food Rider mogok hari ini satu Malaysia jangan pesan makanan

‘Food Rider’ mogok hari ini satu Malaysia, jangan pesan makanan. Penghantar makanan (rider) bagi beberapa syarikat penghantaran makanan dalam negara dijangka melancarkan mogok untuk 24 jam bermula tengah malam tadi.

Mogok ‘Food Delivery Blackout’ itu berpunca daripada ketidakpuasan hati penghantar makanan dengan skala pembayaran yang tidak adil digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.

Sumbernya yang mahu dikenali sebagai Ikmal memberitahu, mogok utama memerlukan penghantar makanan yang mengambil bahagian untuk mematikan permohonan penghantaran mereka selama sehari, lapor sebua portal.

“Mogok itu akan menyaksikan rider mematikan aplikasi penghantaran sepanjang hari. Ada di antara kami yang menyebut ini sebagai mogok ‘cuti sehari’,” katanya.

Ikmal mendakwa, mereka pernah merungut dan mengadu kepada pihak syarikat sebelum ini, tetapi tidak dilayan.

'Food Rider' mogok hari ini satu Malaysia, jangan pesan makanan

Pihak syarikat juga dikatakan telah mengurangkan bayaran mereka dari semasa ke semasa.

“Ini bermula tahun lepas, apabila syarikat mula mengurangkan jumlah bayaran untuk rider.

“Saya akan berikan satu contoh. Sebelum ini, jika rider di bawah satu syarikat ini mengambil tempahan dua kali ganda, bermakna dia menghantar makanan daripada seorang penjual kepada dua pelanggan dan rider akan mendapat bayaran penuh untuk kedua-dua pesanan itu.

“Maksudnya, jika jarak untuk setiap pesanan mereka dapat RM5, maka dia akan mendapat RM10 secara keseluruhan tapi sekarang, syarikat telah mengurangkan jumlah itu kepada RM7 atau RM8 sahaja,” katanya.

Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga telah memansuhkan sistem ganjaran untuk penghantaran waktu puncak, dan menggantikannya dengan sistem baru yang membayar mereka lebih rendah.

Jumlah keseluruhan penghantar makanan yang akan menyertai rancangan itu masih belum dapat dipastikan namun penganjur mogok itu memaklumkan kebanyakan penghantar telah menunjukkan bahawa mereka akan menyokong mogok itu.

Kumpulan utama mogok itu juga didakwa telah merancang untuk mengadakan konvoi ke salah sebuah ibu pejabat syarikat penghantaran makanan di Petaling Jaya.

Berdasarkan notis pemberitahuan, penghantar makanan di bawah syarikat itu akan berkumpul di 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang, sebelum mereka mula menunggang bersama ke Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum kepada syarikat itu.

BACA:

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40

Bentara parlimen paling ‘otai’ bersara, khidmat dengan 6 Perdana Menteri

Orang Melayu paling ramai diisytihar muflis sejak 2020, kata laporan

CATEGORIES