Fizo Omar balas sindiran Mawar ke tu? – “Alhamdulillah Allah masih bagi sabar..”

Oleh INFORAKYAT

Fizo Omar balas sindiran Mawar ke tu? – “Alhamdulillah Allah masih bagi sabar..”Beberapa hari yang lalu, Mstar aada melaporkan usahawan Mawar Karim mengeluarkan kenyataan seakan memberi bayangan mengenai kesusuhan kehidupannya sebelum ini.

Lebih mengejutkan, dalam kenyataan seperti menggambarkan dia menanggung keluarga sewaktu berstatus isteri pada suatu ketika dahulu.

Meskipun hantarannya itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ia seakan-akan memberi bayangan individu tersebut pernah hidup bersamanya.

Tidak mengambil masa yang lama, bekas suami Mawar, Fizo Omar memuatnaik foto bersama keluarga barunya.

Fizo Omar balas sindiran Mawar ke tu? - "Alhamdulillah Allah masih bagi sabar.."

“Small family with big happiness 🥰. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua.”- tulisnya

Dalam foto itu, Fizo menulis kapsyen yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang menfitnah beliau. Kata Fizo, dia menegaskan difitnah juga merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri memandangkan ia akan memberi ujian bagi menguatkan diri sendiri.

“Nota kaki : rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan.”

‘Alhamdulilah Allah masih lagi berikan kesabaran’- Fizo Omar


Tinjauan kami di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan buat Fizo Omar akan terus kuat dan terus berjaya dalam hidup.

Fizo membalas, dia berysukur kerana Allah masih lagi memberikan kesabaran kepadanya dalam mengharungi kehidupan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

Kemudian Pada 21 Oktober 2021 lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

BACA:

Berpunca dari overdose ubat kuat, atuk 70 tahun maut selepas langgan wanita di hotel

KWSP: Pengeluaran khas RM10,000 hingga RM30,000 sebelum aidilfitri