Fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda, 2 wakil rakyat Perikatan Nasional dalam pemerhatian Polis

Oleh INFORAKYAT

Fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda, 2 wakil rakyat Perikatan Nasional dalam pemerhatian Polis

Dua pemimpin Pas didakwa sedang berada di bawah pantauan pihak berkuasa gara-gara menerbitkan hantaran berbaur fitnah terhadap seorang Ahli Parlimen Dap.

Khalil Yahaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Perak semalam telah memuat naik satu hantaran di FB miliknya mendakwa kononnya wakil rakyat DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda, 2 wakil rakyat Perikatan Nasional dalam pemerhatian Polis

Namun dia kemudiannya tampil membuat permohonan maaf selepas fitnahnya dinafikan FELDA sendiri. Malah dia mengambil sikap menyalahkan pentadbir akaun FBnya di atas kesalahan tersebut.

Permohonan maaf secara terbuka.

“Posting tadi bukanlah dari pihak YB ADUN tetapi admin yang mengelola page,” tulisnya ringkas.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsikan pautan kenyataan balas Felda berhubung dakwaan pelantikan Pengerusi baharu itu.

“Tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini 22 Jun 2023. Sebaran poster adalah tidak berkaitan,” kata pihak Felda.

Terdahulu, Khalil, 44, berkata, hari ini beliau dimaklumkan bahawa Pengerusi Felda telah ditukar kepada Teresa menggantikan Tan Sri Idris Jusoh.

Tular fitnah terhadap Teresa Kok, 2 YB ini kini dalam pantauan pihak berkuasa

“Di kawasan DUN Kubu Gajah tempat saya ada Felda Ijok. Ramai sahabat dan kawan saya anak jati Felda tinggal di situ, ada juga yang tinggal di luar kawasan,” katanya sebelum diakhiri dengan ucapan ‘Selamat berkhidmat’.

Wakil rakyat Pas berkenaan juga memuatnaik poster ucapan tahniah atas ‘pelantikan’ Teresa itu.

Pemegang ijazah sarjana muda dari Universiti Al-Azhar Mesir itu turut berkongsikan surat pembatalan sebagai Pengerusi Felda kepada Idris yang ditandatangani oleh Perdana Menteri.

Bagaimanapun, semakan Harapan Daily mendapati hantaran tersebut telah dipadam dari akaun rasmi pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu.

Sementara itu, turut sama mengambil bahagian melakukan fitnah tersebut ialah bekas timbalan Menteri Agama Pas, Marzuk Shaary.

Dengan menggunakan nada sama digunakan Khalil, Marzuk mendakwa Idris Jusoh lebih berwibawa berbanding pengerusi baru yang dilantik, Teresa Kok. Malah Marzuk menganggap pelantikan Ahli Parlimen DAP Siputeh itu sebagai kartun.

Seperti Khalil, hantaran Marzuk kemudiannya di dapati hilang dari capaian pengguna media sosial. Warganet mengambil peluang menyindir parti Islam itu dengan menganggap fitnah dan Pas kini sudah bersatu dan sukar untuk dipisahkan.

Perbuatan Khalil dan Marzuk ini membolehkan mereka didakwa di atas tuduhan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 505 di bawah perkara Kenyataan-Kenyataan Yang Mendatangkan Khianat Awam. Sekiranya didapati bersalah, kedua-duanya boleh dihukum penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod, kelmarin Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan PAS membatalkan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berhubung dakwaan bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam keputusan ketika menolak permohonan itu semalam, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut memerintahkan PAS membayar kos RM3,000 kepada Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

BACA:

Kapal selam Titan rupanya meletup berhampiran bangkai Titanic, rupanya ini bahan yang buat kapal selam itu meletup!

Bersedia dirogol atau dibunuh dan boleh buat apa saja, Syarikat produksi Rusia bakal keluarkan ‘The Hunger Games’ versi realiti