Kejadian banjir di Bachok, Kelantan, mencuri perhatian ramai apabila air banjir di kawasan tersebut bertukar menjadi merah
Video yang dimuat naik oleh Azam Jusoh di TikTok memaparkan keadaan itu di sekitar rumahnya di Kampung Telaga Bata baru-baru ini.
Menurut pemilik video berdurasi sembilan saat itu, fenomena tersebut dipercayai
Berpunca daripada pencemaran pewarna sos yang dibuang dari sebuah kilang berhampiran.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, yang bimbang peristiwa “bah merah” mungkin berulang.
“Harap bah merah tidak berulang kembali,” tulis seorang pengguna TikTok dengan nama jiwamuda.
“Ini macam kejadian bah merah,” komen seorang lagi pengguna, Sue.
Untuk makluman, “bah merah” merujuk kepada bencana banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 1926, di mana air banjir bercampur dengan air pasang menyebabkan warna merah yang ketara.
Setakat ini, keadaan banjir gelombang pertama di Kelantan dilaporkan semakin pulih. Seramai 34,200 mangsa telah kembali ke kediaman masing-masing selepas cuaca bertambah baik di kebanyakan kawasan di negeri itu sejak semalam.
@azamjusoh♬ Musim Hujan ( Do’a ) – gondrong
BACA: Selepas China, Kapal selam Rusia pula ceroboh perairan laut china selatan